
AL-FATIHAH
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah diserang strok dan mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), di sini, kira-kira jam 11.45 pagi semalam. Kerajaan Negeri Sembilan mengambil langkah untuk berkabung selama 40 hari sejak daripada semalam. Bagi mana-mana institusi dan premis kerajaan yang ada mengibarkan bendera, mereka dikehendaki mengibarkan bendera negeri separuh tiang bagi menghormati kemangkatan baginda. Segala aktiviti rasmi kerajaan dan hiburan juga harus ditangguh selama tujuh hari. Baginda Almarhum Tuanku Jaafar telah banyak berjasa terhadap kebajikan,pendidikan dan pembangunan di Negeri Sembilan.


2 Responses