
Kalau korang ni seorang yang peka dan sensitif terhadap masa depan korang, mesti korang akan terfikir dengan hal ini. Buat masa ni aku sudah arif dengan penampilan dan identiti seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang normal kerana aku juga masih lagi seorang pelajar IPT. Setiap pelajar IPT memerlukan wang untuk menyambung pelajaran masing-masing ke peringkat ini dan jelas sekali nilai wang tu memang tinggi. Ada yang sampai RM45,000 hanya untuk diploma! Bagi yang sedang menuntut di UITM, sedarlah bahawa korang merupakan salah seorang yang beruntung kerana yuran dekat UITM boleh dikatakan murah seyhhh. Ada tiga dana yang dapat membantu seorang pelajar IPT untuk melanjutkan pelajaran masing-masing :
- Pinjaman dari PTPTN/MARA/BANK
- Biasiswa / Scholarship
- Pihak PAMA ( Papa N Mama )
Bagi yang menggunakan dana daripada biasiswa dan PAMA, korang memang bertuah gila. Tapi korang jangan lupa, kedua-dua sumber tersebut juga mengharapkan sesuatu dan pembalasan daripada korang juga. Mana boleh dapat free je kan? Jadi korang kenalah achieve something. Manakala bagi yang mendapatkan pinjaman daripada institusi lain, nescaya korang kena bersedia untuk membayar segala hutang-piutang anda berserta dengan faedahnya sekali! Wah, sekali dengan pakej tu! Wakaka.. Kalaulah pinjaman korang dalam RM30 Ribu, tak mustahil korang terpaksa membayar pinjaman tu semula dengan jumlah yang boleh mencecah hingga ke RM50 Ribu. Perghh! Cekik darah betul la!
Ok straight to the point. Katakanlah korang baru saja graduate, konvo dan korang tak sabar gila nak kerja nak dapatkan gaji pertama korang. Korang rasa korang boleh ke terus dapat kerja? Hmmm, menurut survey aku dengan rakan-rakan aku, ianya adalah satu perkara yang luar biasa kalau terus dapat kerja. Lainlah masa korang praktikal, syarikat yang mengambil korang untuk praktikal tu berpuas hati dengan tahap kerajinan dan mutu kerja korang. Bila dah kerja nanti, gaji permulaan tu bukanlah banyak mana pun untuk seorang lepasan ijazah. RM1,500 – RM3,000 je!
Cukup ke dengan gaji tu semua? Bila dah kerja nanti sudah pasti korang nak beli kereta, rumah dan segala gajet idaman korang. Tidak lupa juga untuk bayar setiap hutang pinjaman korang tu serta memberi sedikit sumbangan yang wajib kepada ibu bapa korang dengan jumlah yang tidak lebih daripada RM400! Tak begitu saudara atau saudari yang tengah membaca ni? Oh banyaknya! Hutang pinjaman pelajaran(RM300), hutang kereta(RM550), hutang beli rumah atau hutang sewa rumah(RM450)! Nak buat duit makan lagi, duit bajet nak kahwin lagi(RM400). Banyaknya!
* RM400+RM550+RM300+RM450+RM400 = RM2100 (Hutang+Simpan Masa Depan)
* Kalaulah Gaji RM3000-RM2100=RM900 ( Cukupke nak tampung kos kehidupan dan barang idaman? )
Wah ini mungkin hakikat sebenar yang sukar diterima oleh bakal graduan nanti. Hoho.. Banyak betul tanggungan kita kan? Dengan harga minyak yang tak menentu sekarang ni lagilah mencekik darah bakal graduan nanti. Padanlah ramai yang guna public transport je. Jimat gila! Jadi , tips daripada aku adalah :
- Jangan habiskan duit pinjaman masa tengah belajar. Belajar menyimpan!
- Buat part time job di samping belajar
- Belajar rajin-rajin agar dapat keputusan yang hebat dan dapat kerja dengan company yang mantap




15 Responses