Usahawan Tidak Sepatutnya Bermusuhan

Usahawan MLM

Kadar kenaikan kos sara kehidupan keluarga di kala ini menyebabkan ramai orang yang ingin menambah rutin harian mereka sebagai seorang usahawan. Suami dan isteri bekerja di rumah sekarang pun hanya cukup-cukup makan untuk menampung perbelanjaan bulanan.

Apabila bilangan usahawan bertambah, ini menampakkan berlakunya sedikit persaingan di antara usahawan lebih-lebih apabila mereka menjual barangan ataupun menawarkan servis yang sama. Persoalannya adakah ianya persaingan sihat ataupun tidak?

Sayang sekali, ada yang saya lihat sebilangan usahawan cuba menjatuhkan pesaing mereka. Malah ada yang kawan bertukar menjadi lawan. Usahawan tidak sepatutnya berkata-kata buruk mengenai perniagaan yang diusahakan orang lain.

Persaingan

Kemudian memperkatakan bahawa produk dan servis mereka yang paling hebat. Sepatutnya usahawan hanya menyampaikan fakta yang tepat dan jujur dengan nada yang tidak memperburukkan usahawan lain dan tidak meninggi diri.

Apa yang anda buat kepada orang lain, itulah yang akan terjadi kepada anda kelak. Walaupun anda telah ditindas, tetapi jangan pula anda bersikap sedemikian dengan menindas orang.

Rezeki kita semua sama rata, cuma kita saja yang tidak perasan lebihan kita. Jadi bersabarlah dan jangan putus asa.

38 thoughts on “Usahawan Tidak Sepatutnya Bermusuhan

  1. Rosley

    Salam admin Richie,

    Saya sgt bersetuju dgn tajuk post kali ini, sebenarnya mmg sebagai usahawan, tidak patut bermusuhan tetapi yg paling elok sekali, ialah saling berganding bahu memakmurkan pendapatan 🙂

    Reply
  2. Aida

    Tepat sekali. Rata-rata perhatikan kaum cina berganting bahu dominasi segala bentuk bisnes. Takkan kita orang melayu masih nak berfikir negatif ke belakang. Be positive.
    Rungsing juga kadang memikir nasib anak-anak 15, 20 tahun dr sekarang.

    Reply
  3. Natasya Liyana

    jika kita jual product yg sma jd bersaing la dri segi harga, klau sama bersaing dri segi servis slalu klau brng mahal poown service baik mmng customer akn dtng, yg pnting hargai customer dan bersaing dengan cara sihat

    Reply
  4. Jeannette jeffery

    beginilah keadaan yang selalu kita lihat pada masa sekarang. Dengki sini-sana, musuh sini sana..pantang lihat orang lain lebih berjaya..dah nak bermusuhan..bersyukur dengan rezeki masing-masing, banyakkan berusaha…huhu

    Reply
  5. Jean

    Permusuhan ini banyak disebabkan oleh perasaan dengki atas kejayaan orang lain. kita seharusnya elakkan perkara ini..kerana ianya sia-sia..menimbulkan kesan buruk terhadap diri kita kelak

    Reply
  6. richdad55

    u = usaha yang tidak mengenal putus asa
    s= semangat jatidiri yang tinggi dan cekal
    a= amanah mesti digenggam hingga kekal didalam lubuk hati
    h= hindarkan perasaan yang dibisikan olih syaitan
    a= amalkan perasaan hormat menghormati sesama insan
    w= walau pun sejuta halangan tetap dihadapi dgn ketenangan
    a= andai cobaan dan dugaan melanda hadapi dgn keimanan.
    n= Nawaitu yg jelas lagi berbudi pekerti yg tinggi akan dilorongkan rezeki yg diberkati.

    Reply
  7. dean

    salam semua…dalam bisnes semua sifat baik dan buruk ada…ramai yg langgar sifat2 murni bila dah tertekan…masa tu macam2 lah sifat dan peragai tak elok timbull…semoga kita dapat mencari sesuap makan dgn cara yg di redhai

    Reply
  8. yusri

    Menjatuhkan/memburukkan perniagaan orang lain bukanlah satu solution untuk memajukan perniagaan kita. Kita perlu mengubah persepsi diri ke arah yang lebih positif bagi bersaing secara sihat dalam arena biz kita.

    Reply
  9. zaleha

    saya setuju.
    walaupun dalam perniagaan yang sama, kita sepatutnya bersaing dengan lebih sihat. Rezeki Allah kurniakan tu tidak terkira. Ibarat lautan yang luas, ramai nelayan tidak akan kekurangan ikan jika saling berusaha. rezeki kita sebenarnya dah ditentukan Dia. kita dapat lebih bergantung kpd usaha kita yg tidak jemu2 ditambah pula dengan kerendahan hati mengharap hanya pada-Nya. hanya yakin & percaya.
    fokus & tumpu pada jalan kejayaan masing2 di samping sentiasa amalkan
    kunci murah rezeki ini
    zaleha´s last blog post ..Shaklee tidak ada ubat kencing manis seperti yang disangkakan

    Reply
  10. Devy Mitchel Edwin

    Sangat sukar untuk berjaya jika tujuan kita berniaga adalah untuk menjatuhkan perniagaan orang lain. Takde berkat tuh. Mesti jujur. Kalau orang lain maju, cari cara untuk lebih maju daripada mereka. Fikirkan idea-idea baru. Setiap orang ada idea yang bernas. Jadi, gunakanlah itu untuk memajukan perniagaan sendiri, bukan untuk menjatuhkan perniagaan milik orang lain dengan menggunakan ‘kepintaran’ yang kita miliki.
    Devy Mitchel Edwin´s last blog post ..How To Make Driving Lessons Work For You

    Reply
  11. ProgramUsahawan

    Dalam dunia menjadi usahawan memang ada cabarannya.. tapi terpulang kepada kita untuk memilih jalan yang mana. Bagi pendapat saya , sangat penting kita bersatu demi memberi manfaat bersama.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge