unknown

Filem Unknown dibintangi oleh antara pelakon kegemaran aku Liam Neeson yang dah berumur tapi masih lagi segak dan pantas. Memang jauh beza dengan Jalaluddin Hassan. Hehehe.. Jangan marah!

Jalan cerita filem ni memang nice sebab ending yang jauh beza dengan hasil tilikan aku. Bermula dengan gambaran Dr.Martin Harris (Liam Neeson) dan isteri yang sangat dicintainya, Elizabeth Harris (January Jones) yang baru sampai di Berlin untuk satu event biotechnology.

Hanya disebabkan tertinggal briefcase penting dekat airport, kehidupan Dr. Martin Harris berubah 90 darjah selepas teksi yang dia naik kemalangan dan mengakibatkan dia koma selama 4 hari.

Kemudian bila dicari balik isterinya, dia dah tak kenal langsung Dr. Martin Harris ni malah wujud orang kedua yang menyamar menjadi dia. dengan nama yang sama, sejarah yang sama dan maklumat peribadi yang sama.

Kalau aku jadi macam ni pun aku dah buntu nak buat apa dah. Nasib bak Dr. Martin Harris ni berjumpa dengan Gina (Diane Kruger) yang smoking’ hot! Gina merupakan seorang pelarian Bosnia yang hidup di Berlin untuk mencari duit agar dapat hidup bebas macam orang lain.

Gina membantu Dr. Martin Harris menyelesaikan konflik identiti dia. Adakah dia betul-betul gila dan semua yang berlaku sebelum ni hanyalah mimpi? Korang kena tengok filem ni.

Kalau part-part bertumbuk tu, masa setengah jam nak habis movie ni baru ada. Aksi-aksi lain yang menarik ada je dalam movie ni so takdelah boring pun. Aku lebih suka dengan cara dilem ni cari jalan penyelesaian Dr. Martin Harris.

 

Related Posts with Thumbnails