tune hotel

Tune Hotels telah menambah lagi satu cawangan diorang dan kali ini di Kota Bharu. Namponyoo demo kono terraii tido male ni dekak Tiung Hotel nih.. Muahaha! Maaf kalau tersilap bahasa. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan Tengku Fa-iz Petra.

Kota Bharu yang menjadi pilihan destinasi perlancongan oleh rakyat Malaysia ni mungkin boleh memanfaatkan servis yang dibawakan oleh Tune Hotels sebagai hotel murah yang bertaraf 5 bintang. Rasanya kalau aku menyinggah dekat Kota Bharu, nak jugak aku try stay dekat sini.

Menurut Mark Lankester , Group CEO of Tune Hotels, Tune sangat berbangga dapat membina lagi satu cawangan di Kota Bharu yang pesat membangun ini. Ini juga boleh menggalakkan lagi banyak aktiviti perniagaan di sekitar Kota Bharu selain daripada memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan.

Tune Hotels juga berharap dapat membantu memperkenalkan Kota Bharu sebagai antara destinasi perlancongan yang kaya dengan budaya dan sejarahnya yang tersendiri. Pembukaan cawangan baru di Kota Bharu ni melengkapkan cawangan Tune Hotels di utara, selatan, timur dan barat Malaysia.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai tawaran-tawaran menarik daripada Tune Hotels, sila lawati Facebook dan Twitter diorang.

Related Posts with Thumbnails