Haritu jatuh pada tarikh 16 June aku dengan segerombolan manusia yang kemaruk dengan FourSquare ataupun 4Square telah dijemput beramai-ramai untuk meetup dengan geng FourSquare yang lain di Tune Hotel Kota Damansara.
Kitorang meetup beramai-ramai atas jemputan pihak Tune Hotel Kota Damansara untuk mendapatkan Swarm Badge. Bila ramai-ramai checkin dekat Tune Hotel Kota Damansara tu, membolehkan kitorang layak dapat Swarm Badge tu. Actually kena lebih daripada 50 orang checkin dekat satu tempat yang sama secara serentak. Takdela betul-betul serentak… Hehehehe..
Aku berhajat nak tido dekat Tune Hotel Kota Damansara masa tu, tapi sayangnya dah fully book! Perghhh!! Memang nampak sangat ramai orang suka dengan pakej hotel diorang. Hotel bertaraf 5 bintang dengan harga 1 bintang. Sapo tak nak weyyyyy!!
Lebih daripada 50 orang yang datang masa malam tu termasuk rappers Malaysia, Altimet. Hahaha! Altimet datang lupa nak bawak cap, so membogelkan kepalanyta di khalayak ramai.. Miahaha! Kebanyakan yang datang tu semuanya orang media, bloggers, Advertlets dan juga pengguna-pengguna FourSquare sendiri.
Layanan daripada pihak Tune Hotel Kota Damansara yang anjurkan meetup ni sangat baik sekali. Siap dapat goodies bag yang dalam tu berisikan cendermata Tune Hotel dan Tune Group. Siapa tak kena dengan geng-geng Tune ni kan..
Lepas selesai kitorang checkin dan berkenal-kenalan dan aktiviti mengorat selesai. PihakĀ Tune Hotel Kota Damansara open table, belanja makan dekat Bangkok Wasabe. Dekat je dengan Tune Hotel, jalan kaki pun dah boleh sampai dah weyy.. Bangkok Wasabe siap bagi voucher RM10 lagi so boleh makan murah lagi dekat sana lepas ni. Masa malam tu semua ditanggung pihak Tune Hotel Kota Damansara. Yosh!!!






17 Responses