
Ramai internet marketer dan usahawan internet yang sudah berjaya buat duit online. Ada di antara mereka bergantung kepada pendapatan perniagaan internet untuk menyara diri dan keluarga, termasuk aku sekali. Namun ada juga yang baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan internet, tetapi hasilnya tidak memuaskan hati diorang. Malah ada yang tidak berjaya menjual apa-apa pun. Jangan terkejut, itu semua adalah perkara biasa. Asam garam perniagaan internet. Aku juga pernah gagal menjual, tetapi aku dah berjaya kesan kesilapan aku dan aku perbaiki semua kesilapan tersebut.
Di sini aku ingin berkongsi tiga tips bagi sesiapa saja yang ingin menjual ebook ataupun apa-apa produk informasi dan digital di internet. Mungkin tips-tips ini dapat membantu korang melangkah dengan lebih bergaya dalam perniagaan internet, InsyaAllah.
PERTAMA: Pilih niche yang mana kebanyakan orang ramai sangat-sangat memerlukan dan menidamkan dengan penuh perasaan. Ramai usahawan internet memilih niche ataupun topik sesuatu produk yang mereka ingin cipta dan jual hanya berdasarkan minat mereka sendiri sahaja berbanding dengan apa yang orang lain inginkan. Jika korang betul-betul nak buat duit di internet, korang kena pilih niche dan topik yang mempunyai ramai pembeli di mana mereka sangat-sangat mementingkan keperluan diri dan emosi mereka. Jika mereka tidak mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan mereka, mereka tak akan membeli produk korang.
KEDUA: Kecilkan niche anda agar lebih fokus, pastikan niche anda tidak terlalu umum. Korang pun tahu kan apa bezanya kasut sukan dan kasut. Korang juga perlu berfikiran seperti seorang pelanggan. Seorang wanita yang mempunyai berat yang berlebihan sebanyak 30KG dan dia ingin menurunkan berat badan berlebihan tersebut dalam masa 3 bulan TIDAK AKAN membeli sebuah buku bertajuk “Kesihatan Manusia“. Sudah tentu dia lebih berminat untuk membeli buku yang bertajuk “30 Teknik Panas Untuk Kuruskan Si Tembam“.
KETIGA: Hasilkan satu video ataupun report yang sangat tinggi nilainya dan berikan ianya secara percuma kepada orang ramai. Pastikan report atau video tersebut sangat-sangat bermutu dan tips tersebut belum pernah dibongkarkan lagi. Jangan cipta report atau video yang hanya menerangkan isu-isu mudah sahaja. Apabila prospek pembeli produk korang membaca dan melihat report dan video yang mereka terima secara percuma itu sangat-sangat bermutu, PASTI mereka akan berfikiran bahawa jika korang hasilkan satu lagi report, panduan ataupun video versi berbayar, sudah tentu mereka menganggap bahawa produk yang korang hasilkan ini sangat-sangat power! Produk percuma pun dah berkualiti, inikan pula yang berbayar. Confirm superb! Hoho!




10 Responses