
Yeaaaa! Memang betul aku tak tipu korang yang aku boleh dapat tiket wayang percuma dengan menggunakan HTC Desire S ni. Apa yang korang perlu buat, dapatkan sebuah smartphone Android seperti HTC Desire S ni.
Lepas tu korang installkan applikasi Maxis Movies yang korang boleh dapat dalam Android Marketplace. Selepas tu korang boleh beli tiket wayang untuk pawagam TGV dan GSC! Cara bayarannya semuanya online menerusi Paypal. Senang je nak register tu.

Aku tak tipu part dapat tiket wayang percuma tu ya. Setiap hari Selasa adalah Maxis Movies Day dan korang boleh dapat satu tiket wayang percuma dengan hanya buat satu pembelian satu tiket wayang sebelum itu.
Maksudnya di sini, beli satu percuma satu. Korang masih cakap tiket ni tak percuma? Masih perlu keluar duit? Macam ni, korang kena ajak sorang kawan korang yang buta info maklumat sebegini atau awek/pakwe korang sendiri.
Korang cakap kita bayar sendiri-sendirilah tiket wayang ni. Jadi korang gunalah duit yang si dia akan bagi tu. Jadi korang punya free laaa kan? Hohohoh! Ada banyak lagi kelebihan kalau korang ada HTC Desire S ni, kalau korang nak merasa, rembatlah satu dengan Maxis.

5 Responses