Kalau difikir-fikirkan balik tajuk post aku ni memang agak menyeramkan. Tak dapat aku bayangkan kalau kita semua hidup tanpa aktiviti download-mendownload movie dan mp3. Sangat boring! Sangat menyusahkan! Dan yang paling penting sekali sangat memokaikan diri ini!

Hari ni selepas baca info di blog Daily Chilli, satu akta baru akan diwujudkan yang membolehkan pembekal servis internet (Internet Service Provider) membekukan akaun internet bagi mana-mana penggemar penggunaan P2P.

Isu ini akan dibawa ke parlimen pada bulan depan, menurut pengerusi (RIM) Norman Halim. Diorang dah lama cuba mengutarakan masalah download video dan music secara haram ni yang membawa kerugian besar kepada industri muzik terutamanya.

ISP akan disaman jika diorang tak ambil tindakan terhadap pengguna internet diorang yang menggunakan P2P untuk mendownload secara haram. Disarankan ISP untuk menghantar dua warning letters kepada kaki download haram.

Jika amaran tidak diendahkan, akaun internet diorang akan dibekukan atau dihapuskan. ISP ada teknologi untuk mengesan sesiapa yang menggunakan khidmat P2p. Adoiii!!! Macam mana ni wehhh? Korang nak doakan akta ni diluluskan tak? Ahaha!

Kita tunggu je lah apa kata putus parlimen nanti. Siap sedialah untuk membeli bekas CD dan DVD dengan lebih banyak!

Related Posts with Thumbnails