Semalam punya semalam malam (ni ayat betul ok), aku dengan kawan aku dah set nak pergi tengok movie semalam, jatuhnya pada hari Isnin. Sebab dia cuti masa tu and nak lepak dengan member. Kenalah update cerita-cerita baru member an. Hohoho.. Kitorang layan The Losers ni dekat MBO Terminal 2, Seremban.

Dekat MBO Terminal 2 ni tak ramai sangat orang macam dekat TGV Jusco Seremban 2. Tapi malangnya pop corn dekat sini tak sesedap pop corn TGV. Adeyhhhh! Kemut gula kot, tawar hebeyh je kalau orang N.Sembilan cakap. Wayang bermula pukul 2:15, aku dengan Payid dah lunch dekat Leha World Paroi Jaya dah. So tak perlu beli pop corn masa masuk.

Kitorang tengok movie ni berempat, so  agak fun jugaklah daripada tengok berdua. Hohoho.. Kang kena cop gay plak kan. Sebelum keluar The Losers ni dekat panggung, aku dah lama tertarik dengan trailer movie ni. Trailer diorang membuat aku berasa sangat berahi. Memang terbaik!

Movie ni mengisahkan pasal satu skuad CIA yang power gila babeng dan super cool! Kiranya kalau campak diorang ni dekat mana-mana memang boleh hiduplah kan. Ada sekali diorang kena bunuh sorang taiko besar. Sepatutnya kerja diorang mudah, tapi taiko ni jadikan segerombolan kanak-kanak sebagai tebusan..

Pastu lawan punya lawan, diorang dah dapat selamat semua tebusan and bunuh taiko besar atas arahan seseorang bernama Max. Max ni sebenarnya taiko lagi besar dan kejam daripada taiko yang dah mati tadi. Pastu diorang kena naik helicopter nak chow dari tempat tu tapi helicopter tak muat so geng The Losers bagi kanak-kanak chow dulu. Baik punya masa nak terbang, tiba-tiba helicopter tu kena tembak dengan jet mana tah. Meletop dow!

So daripada situ diorang dah sedar, sebenarnya taiko besar Max yang diorang tak pernah jumpa ni, nak bunuh diorang. So sekarang dekat negara diorang semua dah bajet diorang dah mati. Anak bini semua sedih gila. Lepas tu bermulalah cerita diorang cari jalan nak balik negara tanpa disedari kerajaan dan juga taiko, Max.

Korang kena tengok cerita ni sebab memang sempoi, lawak, pastu banyak tembak-tembak, gaduh-gaduh dan juga lempang-lempang. Jalan cerita diorang memang menarik dan cara diorang lawan pihak tentera yang dikawal Mac ni pun memang bergaya sekali. Hohoho.. Mesti korang nak tahukan siapa yang akan berpaling tadah.Korang pun mesti nak tahu anak taiko mana yang akan join geng The Losers ni dan macam-macam isu lagi.

Best gila dow! Aku cakap serius punya ni sebab aku sangat teruja tengok movie ni. Kalau tengok lapan kali pun tak muak-muak jugak. Hohohoh! Kalau korang tak tengok movie ni, korang dah terlepas untuk menikmati antara 5 filem paling cool buat masa ni dekat dunia. Hehehe.. Serious gilo! Aku

Ada pembetulan, kata Anwar Fathi:

hahahaha…explanation ko cite loser ni salah da satu kali..cita dia pasal diorang ni special squad le ala2 cia apa suma..tapi masa diorang pi operasi yang kat bolivia tu…someone nama max dah break masuk dia punya radio channel tu pasal dia suruh pilot fighter abort firing tak bleh..hohohoh…helikopter meletup pasal max mintak fighter tu tembak..itu lah penjelesan nyya

Related Posts with Thumbnails