Bagi sesetengah orang, nilai maruah dan harga diri itu terlalu tinggi dan tak boleh dijual beli. Tapi ada juga sesetengah daripada kita tewas dengan kebendaan yang boleh membuatkan kita hilang maruah diri.

The Eagle menceritakan mengenai seorang jeneral (tak sure jawatan eyh!) perang, Marcus, yang sudah dibebaskan daripada khidmat perang dengan cara terhormat setelah dia mengalami keceraan teruk.

the eagle

Sepanjang masa dia berehat, dia asyik termimpikan ayahnya yang merupakan seorang commander dalm kumpulan The Ninth. The Ninth ni ibarat lagenda perang negara diorang masa tu.

Tapi masa dalam pimpinan ayah Marcus, benda yang paling mengangkat martabat kaum Rome masa tu, The Eagle, dah hilang dan dipercayai jatuh ke tangan puak British. Jadi nama buruk keluarga Marcus tersebar sejak daripada saat itu.

the eagle

Jadi Marcus nekad untuk tebus balik maruah keluarganya dan ingin menafikan bahawa ayahnya bukan seorang pengecut dan tidak melarikan diri daripada medan perang. Sepanjang perjalanan misi Marcus, dia ditemani hambanya Esca yang datang daripada puak British yang merampas The Eagle.

Banyak persoalan yang timbul, antaranya kepercayaan Marcus terhadap Esca dan seorang hamba yang berpegang pada janji dan prinsip hidupnya. Tidak banyak pertempuran besar yang korang dapat saksikan.

Tapi pertempuran-pertempuran kecil semasa perjalanan Marcus dan Esca pun dah puas hati. Mungkin filem nampak hambar kalau korang tak tengok lagi sebab tak ramai pelakon yang terkenal. Tap sebenarnya cerita ni memuaskan bagi orang yang faham dengan intipati filem ni.

Terima kasih kepada Jason dan Advertlets sebab memberi peluang kepada aku untuk tonton filem ni. Yosh!

Related Posts with Thumbnails