
Mesti korang dah selalu dengar pasal perniagaan internet, buat duit di internet, buat duit dengan blog dan membeli belah secara online. Bagi yang belum bermula lagi dalam perniagaan internet ini, pernah tak korang berniat nak belajar pasal perniagaan internet ini selepas melihat dan mendengar kejayaan-kejayaan diorang yang menjalankan perniagaan di internet? Kalau korang langsung tidak terdetik niat di hati nak belajar atau ambil tahu pasal perniagaan di internet, korang memang RUGI BESAR.
Korang sendiri sudah sedia maklum bahawa 9 daripada 10 punca rezeki dekat dunia adalah menerusi perniagaan. Manakala medium yang terhebat untuk menjalankan perniagaan adalah menerusi internet! Ramai yang menggunakan internet hanya untuk hiburan saja. Kadang-kadang diorang sampai tak tahu nak buat apa bila dah bosan online. Belajar la buat duit online bai!!!! Sampai bila nak mengharapkan duit terbang sendiri kat tangan korang masa tengah tidur petang.
Aku yakin satu hari nanti korang pasti akan terjun ke dalam perniagaan internet ini. Ada bermacam-macam cara nak buat duit di internet ni. Skop perniagaan internet terlalu luas, tak dapat korang nak gambarkan. Hohoho.. Bayangkan, seorang doktor pun berniat nak berniaga sebab dia tahu yang dia boleh dapat rezeki lebih banyak dengan berniaga daripada menjadi seorang doktor! Baru-baru ini ada seorang doktor yang mendaftarkan diri untuk belajar bagaimana nak buat minisite perniagaannya untuk berniaga di internet. Doktor pun minat! Kalau orang yang takde pangkat doktor tak minat dan tak nampak peluang ini, aku pun tak tahu nak cakap apa la kan.
Walaupun di usia yang dah tua, dia masih lagi berminat nak belajar mengenai perniagaan di internet. Alangkah bagusnya kalau dia dapat peluang untuk belajar semua ini pada usia muda. Mungkin pada zaman dulu, tak terkenal lagi buat duit di internet ini. Aku yang belajar buat di internet pada usia 20 tahun, tahun lepas pun dah rasa aku rugi sangat-sangat. Mesti best giler kalau aku start pada usia muda lagi, masa zaman sekolah menengah lagi. Memang bertuah giler dow kalau kita expert dalam IT masa usia muda ni. Makin lama, makin ramai yang buat duit di internet. Makin lama dunia IT makin maju. Kalau korang tak terjebak sekarang, mungkin banyak perkara yang korang akan terlepas. Kepada semua usahawan internet, FIGHTING2!!
P/S : Macam mana nak ajar doktor masa Bengkel Minisite Sabtu ni? Goyang dowh!!




20 Responses