
Kelmarin masa aku tengah sedap-sedap lepak teman member aku hisap rokok sambil tengok air yang terpancut-pancut dekat kolam depan The Gardens, aku disapa oleh sorang mamat. Mamat yang serba lengkap berpakaian macam kerja kerani dalam office.
Aku bukan disapa terus sebaik aku bontot aku hinggap di tebing yang boleh dijadikan tempat duduk. Aku disapa mamat tu lepas aku tertengok-tengok dia habiskan sebatang rokok dia. Dia tanya aku dah dapat offer eksklusif X-men daripada Dominos belum? Aku cakap takde pun..

Terus mamat tu pok-pek pepek pok-pek bla-bla.. Pendek kata, dia offer pada aku pelbagai jenis kupon yang memang menjimatkan aku kalau terfikir nak mengisi perut dengan Dominos Pizza. Harga kad besar tu yang mempunyai 16 kupon hanyalah RM20.00!
RM20.00 dan dapat jimat sehingga beratus-ratus ringgit adalah satu pelaburan yang baik kan? Dah la bila beli tu dapat satu kupon yang memang datang Dominos pizza boleh terus tebus satu free regular pizza. Kan jimat tu? Soo aku beli kupon tu dan mamat tu bagi aku lagi free dua kupon kecik.. Salah satu kupon tu yang boleh terus ambil satu regular pizza percuma. Hohoho! Caiyaaaa broo!

Jadi semalam merupakan kali pertama aku menebus kupon yang aku beli tu, aku guna dua kupon. Satu kupon dapat free regular pizza satu dan satu kupon lagi dapat satu regular pizza free dengan pembelian satu large pizza. Jadi total adalah 3 pizza!
Aku tebus dekat Dominos Pizza Dataran Senawang, kecik je dan tak ramai orang pun. Dominos lagi fokus dengan perkhidmatan delivery diorang. Kupon free regular pizza satu tu pun boleh ditebus melalui telefon tapi kena tebus sekali dengan kupon berbayar.

Korang just sebut nombor kod yang ada dekat kupon tu dan operator akan sahkan kod tu. Dah lah beli pizza, dekat kotak Dominos pizza tu pun ada lagi kupon. Memang mencabar betul cara marketing Dominos ni. Memang nampak diorang cuba bersungguh-sungguh untuk bersaing dengan Pizza Hut.

Lepas aku dan Mat Pau melantak dua regular pizza, kami berasa sangat puas hati dan kekenyangan dengan pizza daripada Dominos. Large pizza tu aku bawak balik rumah makan dengan ibu aku. Mari kita semua beralih kepada Dominos agar memberi cabaran kepada Pizza Hut. Hohoho!

Best! Kupon kitorang dah habis. Dang!
merazati M.z´s last [type] ..9th ♥
Hehehe. Boleh je beli lg kan
Kalau nak kupon lg, saya ada jual. sms sy: 0195883232.
Giler dasyat ko makan…
tapi yang penting feeling masa makan memang best
Fikri91´s last [type] ..MalaysiaKu adalah negara Maju
tak la dasyat sangat.. pizza je bro :p biasalaa lelaki.. hehe
sya mmg prefer Dominos dr Pizza Hut… pizza tu rasanya topping tak seberapa pastu tepung je tebal..huhuhu
yeap2.. rasanya point tu mmg betul.. huhu.. jom kita serbu dominos ramai2
amboi berselero betul layan pizza ni jang….
dah lama tak makan.. nak2 pulak time lapar :p
Giler tu pizza …
Aku pun dapat offer ni juga masa pergi MidValley hari tu,tapi masa tu tengah pokai,,hahaha ,tak jadi ambil offer dia!
kenapa tak tong tong dgn mmber je? huhu
Bes tuh bro. Promosi tuh kat seremban aje ke? Tgk domino teringat x-men first class plak. Hehe
mak aiih boleh makan sampai muntah camni kalo dapat kupon camtu hohoh
Gagaga… Xpyah nak settlekan smua dlm sehari deee
banting takde dominos maa..kalau ada..memang aku order punya..layan pizza hut ajela..
Hahahaaa.. satu kerugian yg besar tuu.. ko apply la bukak francais satu
kalau aku buka..aku takut pizza hut bungkus aje plakk..
sedap ke domino pizza ni
macam tak pernah makan rasanya
tapi kena cuba
aku dah selalu dapat dah cupon domino nie
aah kite pon suka dominos jugak. selalu sangat dominos bagi kupon. so mmg asik nk beli jela..paling minat beef pepperoni nye pizza…makan pizza hut dah muak..