Tania Hudson masih lagi baru dalam dunia seni dan hiburan Malaysia. Aku rasa ramai yang pernah ternampak Tania Hudson di mana-mana tapi diorang tersilap anggap dengan Natasha Hudson kerana wajah diorang memang hampir 100% sama. Tania Hudson merupakan adik kepada Natasha Hudson. Muka memang cantik sama macam Natasha Hudson. Tapi korang jangan terkejut kalau korang jadi boyfriend Tania Hudson nanti, sebab dia ada parut dekat kepala. Pernah buat operation dekat kepala satu ketika dulu. Aku rasa aku takkan terkejut nanti sebab aku dah tahu. Muahaha!

~ Nantikan Tania dalam drama ‘Mayang Mengurai’ untuk slot Lagenda di TV3 Januari depan ~

Tani taknak dia dikenali sebab dia merupakan adik kepada seorang pelakon yang popular, tetapi dia mahu dikenali sebagai artis yang berbakat dan mempunyai personaliti tersendiri. Memang banyak keserasian di antara Tania dan Natasha tetapi mesti ada sesuatu yang Tania miliki untuk menjadi lebih komersial daripada Natasha. Aku harap Tania belajar daripada akak dia sendiri. Cuba tengok gambar-gambar Tania dekat bawah , memang hampir serupa kan?

Related Posts with Thumbnails
Be Sociable, Share!