Tag Archives: syarikat MLM

5 Sebab Utama Ramai Orang Menolak MLM

scare

MLM! MLM! MLM! Fuhhh! Saya rasa apabila sebut saja perkataan MLM, ramai orang akan beri 1001 satu pandangan serta pendapat mengenai perkataan 3 huruf ini. Kebanyakan daripada orang ramai sebenarnya memberi pendapat terhadap MLM tanpa melalui, menerokai dan mengalami industri MLM itu sendiri.

Selalunya mereka ini hanya memberi pandangan atas bacaan mereka, pengalaman dan cerita daripada kenalan serta ahli keluarga mereka sendiri. Namun, pandangan yang telus adalah daripada mereka yang benar-benar menjalani perniagaan MLM ini secara sendirinya dengan cara yang betul. Continue reading

Kerajaan Memperkemaskan Akta Jualan Langsung (AJL)

Akhirnya kerajaan atau badan berkenaan dah pun mengumumkan diorang akan memperbaiki dan memperkemaskan perkara-perkara dalam Akta Jualan Langsung (AJL). Akta Jualan Langsung ni sangat berkait rapat dengan MLM. Sekarang ni dah bermacam-macam syarikat MLM yang wujud. Banyak jugak respon negatif yang diterima oleh kerajaan tentang perkara ini.

Kerajaan tak membenarkan sebarang promosi mengenai skim cepat kaya dan sistem piramid. Kalau kita tengok balik, sitem MLM ni sebenarnya memang nampak macam piramid pun. Banyak perkara dalam hidup kita ni pun macam piramid jugak. Kalau korang paham la apa yang aku cakap ni. Contohnya aku boss dekat puncak, dan korang pulak berlapis-lapis dekat bawah jadi pekerja aku. Continue reading

Pernah Dianiaya Tapi Masih Lagi Cinta

Memang sakit hati betul bila cinta yang memang kita harapkan dianiaya dan tak menjadi. Sedih aku masa tu tak terkata dan tak boleh aku gambarkan macam mana kekecewaan aku masa tu. Aku mula menemui cinta aku ni masa sekitar tahun 2007. Apa orang kata, memang cinta pandang pertama lah. Masa tu aku masih lagi menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Jalan Semarak , Kuala Lumpur. Tapi sekarang aku dah tak study dekat situ lagi dah. Masa first impression aku terhadap cinta aku ketika tu, memang lain macam. Memang luar biasa tak terkata. Yelahkan, cinta ni memang hebat. Siapa yang pernah kena memang ‘terpana’ dan akan terus berangan-angan tinggi ke langit.

Continue reading