
Akhirnya bulan Ramadhan menjelma, nampaknya semua umat Islam dekat dunia ni akan mula berpuasa selama 30 hari sehingglah bulan Syawal kelak. Aku sangat-sangat berharap yang bulan puasa kali ni akan jadi lebih baik daripada bulan puasa tahun lepas. Aku akan cuba membaca Al-Quran setiap hari selepas sekian lama aku tak baca. Jadi sempena bulan Ramadhan aku akan cuba istiqamahkan diri untuk membaca Al-Quran. Dapat topup pahala sikit kan. Tak dapat banyak, sikit pun jadi lah. Hehehe..
Namun, aku tidak lagi membeli Al-Quran. Hehehe.. Padahal esok dah nak puasa dah. Aku akan cuba beli Al-Quran malam ni. Kalau tak sempat juga, aku akan beli esok la kan. Aku lagi prefer Al-Quran yang jenis lama tu yang takde garisan punya. Aku pun dah lupa jenis Al-Quran tu. Malaslah nak guna Al-Quran digital tu, mahal poit! Baik guna yang old school punya, baru layan maaaaa….
Dah alam jugak lah aku tak asah bakat aku dalam tajwid-tajwid ni. Hahaha.. Rasanya semua tu aku ingat lagi, insyaallah. Kalau kita baca Al-Quran ni betul tajwid dan hukumnya, lagi besar pahala kita dapat. Ni atok Ujang dekat kampung aku tinggal dengan arwah atok dan uwan aku. Atok Ujang ni ajar kitorang mengaji dekat surau dia sendiri. Oklah, aku nak minta maaf dekat semua orang yang pernah aku buat salah dan terasa dengan aku. Nanti hari raya nanti aku minta maaf lagi. Hehehe.. Callo beteyh!


