Tag Archives: perniagaan blog

Konsep Blogging Perlu Berubah

blogging

Pada tahun 2012 ni memang menunjukkan semakin ramai yang sudah menceburi minat terhadap blogging. Macam-macam jenis blog yang sudah wujud sekarang dan ada yang mempunyai lebih daripada satu blog. Mungkin kebanyakan mereka sudah buka mata dan nampak peluang yang ada terhadap hobi blogging ni.

Namun pada zaman awal-awalan kemunculan kelompok blogger dahulu kebanyakan mereka bermula daripada atas dasar minat dari dalam diri. Aku sendiri pun pada mulanya berminat untuk mendalami seni blogging ni sebab pada awalnya aku ingin belajar membina laman web di mana pada ketika itu aku tahu ini antara skills yang aku perlukan untuk menjadi orang berduit pada masa depan.

Dalam masa yang sama aku menjadi lebih seronok dan mempelajari banyak lagi perkara yang menarik mengenai internet. Jadi daripada minat itu aku pelajari mengenai internet marketing @ pemasaran internet dan aku kongsikan kepada yang sudi membaca blog aku. Apa yang aku pelajari, aku eksperimenkan pada blog aku sendiri. Continue reading