Tag Archives: network marketing

Menukar Perspektif Orang Ramai Terhadap MLM

better change

Saya memang tidak serik dengan perniagaan network marketing ataupun lebih dikenali di Malaysia sebagai MLM. Saya menemui bidang ini terlebih dahulu sebelum saya berasa ghairah terhadap perniagaan menerusi internet. Perniagaan MLM ini terlebih dahulu memupuk sifat keusahawanan saya ketika usia muda di sekitar 18 dan 19 tahun ketika itu.

Walaupun pada mulanya syarikat MLM pertama yang saya sertai ketika itu saya tidak mendapat sebarang keuntungan tapi saya berjaya mendapat pulangan modal. Namun ketika itu saya menyalahkan kepada syarikat dan rakan niaga, tapi beberapa tahun kemudian saya sedar ianya salah diri saya sendiri.

Saya tahu orang ramai kebanyakannya menyalahkan mana-mana syarikat jualan langsung yang mengamalkan konsep MLM mereka sertai. Tetapi hakikatnya mereka sebenarnya tidak mengikuti konsep dan sistem perniagaan MLM cara yang sebenar-benarnya. Ada yang mengharapkan ianya adalah perniagaan goyang kaki dan cepat kaya, langsung membuatkan mereka gagal sekelip mata. Continue reading