Tag Archives: MLM

5 Sebab Utama Ramai Orang Menolak MLM

scare

MLM! MLM! MLM! Fuhhh! Saya rasa apabila sebut saja perkataan MLM, ramai orang akan beri 1001 satu pandangan serta pendapat mengenai perkataan 3 huruf ini. Kebanyakan daripada orang ramai sebenarnya memberi pendapat terhadap MLM tanpa melalui, menerokai dan mengalami industri MLM itu sendiri.

Selalunya mereka ini hanya memberi pandangan atas bacaan mereka, pengalaman dan cerita daripada kenalan serta ahli keluarga mereka sendiri. Namun, pandangan yang telus adalah daripada mereka yang benar-benar menjalani perniagaan MLM ini secara sendirinya dengan cara yang betul. Continue reading

Menukar Perspektif Orang Ramai Terhadap MLM

better change

Saya memang tidak serik dengan perniagaan network marketing ataupun lebih dikenali di Malaysia sebagai MLM. Saya menemui bidang ini terlebih dahulu sebelum saya berasa ghairah terhadap perniagaan menerusi internet. Perniagaan MLM ini terlebih dahulu memupuk sifat keusahawanan saya ketika usia muda di sekitar 18 dan 19 tahun ketika itu.

Walaupun pada mulanya syarikat MLM pertama yang saya sertai ketika itu saya tidak mendapat sebarang keuntungan tapi saya berjaya mendapat pulangan modal. Namun ketika itu saya menyalahkan kepada syarikat dan rakan niaga, tapi beberapa tahun kemudian saya sedar ianya salah diri saya sendiri.

Saya tahu orang ramai kebanyakannya menyalahkan mana-mana syarikat jualan langsung yang mengamalkan konsep MLM mereka sertai. Tetapi hakikatnya mereka sebenarnya tidak mengikuti konsep dan sistem perniagaan MLM cara yang sebenar-benarnya. Ada yang mengharapkan ianya adalah perniagaan goyang kaki dan cepat kaya, langsung membuatkan mereka gagal sekelip mata. Continue reading

BuluhMas Diserbu BNM

Pada 13 Oktober 2008 bersamaan pada hari Isnin , Syarikat BuluhMas yang menjalankan pengiklanan secara bergerak telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kerana mempunyai nilai pelaburan berjumlah jutaan ringgit daripada rangkaian pelabur-pelaburnya dan BuluhMas dianggap sebagai salah satu perniagaan skim cepat kaya.Sebenarnya , BNM mendapati BuluhMas telah melakukan kegiatan pengambilan deposit tanpa lesen.

BuluhMas telah disiasat berdasarkan Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang mana telah melarang sesiapa yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.Jika BuluhMas bersalah , syarikat itu berkemungkinan besar akan didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara selama 10 tahun atau kedua-duanya sekali.Bagi yang telah lama menyertai program yang disediakan BuluhMas sudah tentu mereka semua kan berasa goyang sekali..

Setahu aku , BuluhMas ini juga ada membuka sebuah kedai ala-ala 7Eleven untuk perniagaan mereka..Mereka juga ada menjual produk-produk hasil daripada industri kecil macam kraftangan dan kerepek-kerepek..Mungkin itu boleh dapat menyelamatkan BuluhMas..Sebab ramai yang dah join BuluhMas ni sampai budak-budak universiti pun ada yang join nak tampung perbelanjaan mereka..Baru je nak mula belajar buat bisnes , tengok-tengok kena serbu pulak..Siapa yang tak kecewa..Namun kes ni tak selesai lagi sehingga dihadapkan ke mahkamah.

Aku hairan jugak sebab BuluhMas ni boleh tahan lamanya..Sampi masuk surat khabar la jugak..Kenapa BNM tak serbu awal-awal lagi dari dulu..Korang rasa kenapa ya?Aku dulu ada berniat jugak nak join..Tapi masa tu takut-takut jugak sebab aku tak yakin sangat..Apa yang aku selalu fikir, kalaulah aku melabur sahaja tanpa mecari ahli-ahli baru untuk join BuluhMas ni, aku masih dapat pendapatan yang lumayan..Setiap bulan pula tu..Mampukah BuluhMas nak membayar aku satu hari nanti?Katakanlah tiada ahli baru yang join BuluhMas ni sampai bila-bila..Macam mana mereka nak bayar ahli-ahli yang dah join nanti?Haaaa…….Jawab2..

P/S: Siapa ada apa-apa maklumat baru tentang BuluhMas ni..Jangan lupa roger… 🙂