Pokemon!! Siamang!! Babylon!! Pantai Dalam!!
Aku tujukan sumpahan ni kepada peneraju Celcom Broadband yang tengah menjalankan maintainance ke atas sistem jalur lebar mereka. Hampeh betul!! Aku benar-benar kecewaa dengan Celcom Broadband ni pulak kan. Yela , proses maintanance diorang yang membuatkan segala kerja dan projek aku nak buat semuanya tergendala. Orang dah lah nak promote gila-gila Kuasa Lelong, Jutawan Blog dan Niaga Kit supaya dapatlah jadi antara top affiliate kononnya. Tapi selepas aku tak dapat online selama 3 hari membuatkan keadaan aku parah!! Seorang blogger bila dah tak dapat online memang parah la kan.
Kini terasa pulak aku merindui Streamyx aku dulu tu. I miss u baby. Haha.. Aku harap-harap masalah ini tak akan timbul lagi. Sengsara aku dibuatnya. Memang masin mulut Hanep sebab haritu dia ada cakap pasal kesengalan Celcom Broadband ni. Cets!! Haha.. Kalau perkara ni berulang lagi, aku nak cuba sparring dengan operator Celcom pilak nanti dalam phone. Hoho..
Apa-apapun nasib baik ada beberapa berita yang menggembirakan aku. Aku baru saja dapat pembayaran dari Triond tapi takdelah banyak mana pun. Cuma ianya boleh jadi satu income yang pasif buat aku satu hari nanti dengan teknik-teknik yang baik punya. Aku rasa lepas saja aku habis final exam aku akan buat beberapa ebook panduan percuma untuk semua tentang program-program yang aku dah join. Lagi satu berita baik untuk aku adalah mengenai blog aku yang rankingnya dah naik ke 706,247. Hehe.. Happy jugaklah..Satu lagi peningkatan yang drastik. Akhir sekali, affiliate Niagakit massih lagi tak ramai yang dapat jual dan paling top sekali adalah Mawardeee. Ini menunjukkan aku masih ada peluang untuk jadi top affiliate yang kuat berangan. Haha.. Maybe aku akan buat promosi dengan cara aku sendiri. Hehe..
P/S: Pukul 230 nanti aku ada paper EAP..Doakan ya..hehe