Semalam punya semalam malam (ni ayat betul ok), aku dengan kawan aku dah set nak pergi tengok movie semalam, jatuhnya pada hari Isnin. Sebab dia cuti masa tu and nak lepak dengan member. Kenalah update cerita-cerita baru member an. Hohoho.. Kitorang layan The Losers ni dekat MBO Terminal 2, Seremban.

Dekat MBO Terminal 2 ni tak ramai sangat orang macam dekat TGV Jusco Seremban 2. Tapi malangnya pop corn dekat sini tak sesedap pop corn TGV. Adeyhhhh! Kemut gula kot, tawar hebeyh je kalau orang N.Sembilan cakap. Wayang bermula pukul 2:15, aku dengan Payid dah lunch dekat Leha World Paroi Jaya dah. So tak perlu beli pop corn masa masuk.

Kitorang tengok movie ni berempat, so¬† agak fun jugaklah daripada tengok berdua. Hohoho.. Kang kena cop gay plak kan. Sebelum keluar The Losers ni dekat panggung, aku dah lama tertarik dengan trailer movie ni. Trailer diorang membuat aku berasa sangat berahi. Memang terbaik! Continue reading →