Rock The World 8 Muncul Akhirnya
At last! Ada jugak Rock The World tahun ni. Dah lama dah aku tunggu event terbesar yang dianjurkan oleh Fat Boys. Last sekali aku pergi Rock The World 7 dau tahun lepas. Lama tu nak tunggu! Ingatkan dah nak bubar dah event wajib setiap tahun ni sebab sekarang dah banyak sangat event band independent tahun ni dan tahun lepas. Yelah , banyak pihak yang ambil kesempatan dengan revolusi muzik indie dekat Malaysia ni. Baguslah tue, dua-dua belah pihak dapat untung.
Bila adanya Rock The World 8 ni nanti, bolehlah lepak ramai-ramai dengan kawan masing-masing yang duduk dekat serata Malaysia ni. Hoho.. Kononnya umpama reunion lah tue. Daripada siang sampailah ke pagi lepak dekat KL tue. Jalan-jalan dan makan dekat Bukit Bintang sampai esok pagi, barulah balik.. Hehe.. Takpelah, bukan selalu. Sekali setahun je pun.
12 Tengah Hari | 20 Disember 08 | Stadium Merdeka
Harga tiket RM25 | Semua kedai Rock Corner, Music Valley, Tower Records dan Extreme
Band Yang Akan Perform Nanti :
The Otherside Orchestra, Estranged, One Buck Short, Laila’s Lounge, OAG, They Will Kill Us All, The Times, Pure Vibrations, Bunkface, Republic of Brickfields, Butterfingers, Koffin Kanser, Zip Zieller, Revenge, Komplot dan Upon Arrival.
Korang Nak Main Dengan Band Masa RTW8 Nanti? Haa, jangan lupa datang menyertai Rock the World 8 ‘College Band Search Tour. Tarikh dan lokasi ujibakat seperti yang tertera di bawah:
- 24 - 28 Nov: KDU College, Pulau Pinang
Rima College, Johor Bahru - 1 - 5 Dis: HELP Institute KL
University Tenaga Nasional, Bandar Muadzam Shah, Pahang - 8 - 12 Dis: University Tenaga Nasional, Bangi, Selangor
University Malaya, Pantai Baru, PJ









