Im 83 Now , 20th Dec 2008

Selamat Hari Lahir aku ucapkan kepada Tun Dr Mahathir walaupun aku tau Tun takkan terbaca post aku mengenai beliau pada kali ni. Hehehe.. Melainkan kalau Tun Dr Mahathir akan search pasal Linda Jasmine. Satu gurauan daripada aku. Aku sangat mengkagumi Tun Dr Mahathir kerana beliau mempunyai buah fikiran yang bermutu dan telah banyak menyumbang untuk Malaysia. Walau apa jua pun keadaan yang melanda negara kita masa dulu, dia pasti ada idea nak menyelesaikan segala masalah tu. Aku rasa jasa Tun Dr Mahathir begitu banyak dan dia telah bawa banyak kemajuan kepada Malaysia ni ke arah kemodenan dan meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara kecil yang elite. Dialah ‘Bapa Pemodenan’. Aku rasa, tanpa adanya dia dan segala sumber yang ada dekat Malaysia ni, kemungkinan besar aku tak dapat online macam ni. Jom usyar gambar jasa-jasa Tun Dr Mahathir.. Chaiyok!

Continue reading →