
Di antara kegawatan ekonomi dan pengangguran, mana satu yang korang pilih? Kedua-dua ini merupakan kesan buruk yang terpaksa diterima. Nak atau tak nak itu belakang cerita sebab kita kena hadapi juga benda ini sama ada kegawatan ekonomi atau pengangguran. Di dalam istilah ekonomi, tiada benda di dunia ini yang percuma kerana untuk mendapatkan sesuatu, kita harus melepaskan sesuatu. Tidak semestinya ianya berkaitan dengan wang sahaja tapi ianya melibatkan semua. Contohnya dari segi masa, tenaga dan juga peluang. Jadi korang dah buat keputusan belum nak pilih antara kegawatan ekonomi atau pengangguran? Hehehe.. Aku akan bagitau pada korang signifikasi kepada jawapan yang korang pilih dan juga jawapan yang korang tak pilih. Hoho..







