Tag Archives: buat blog

Konsep Blogging Perlu Berubah

blogging

Pada tahun 2012 ni memang menunjukkan semakin ramai yang sudah menceburi minat terhadap blogging. Macam-macam jenis blog yang sudah wujud sekarang dan ada yang mempunyai lebih daripada satu blog. Mungkin kebanyakan mereka sudah buka mata dan nampak peluang yang ada terhadap hobi blogging ni.

Namun pada zaman awal-awalan kemunculan kelompok blogger dahulu kebanyakan mereka bermula daripada atas dasar minat dari dalam diri. Aku sendiri pun pada mulanya berminat untuk mendalami seni blogging ni sebab pada awalnya aku ingin belajar membina laman web di mana pada ketika itu aku tahu ini antara skills yang aku perlukan untuk menjadi orang berduit pada masa depan.

Dalam masa yang sama aku menjadi lebih seronok dan mempelajari banyak lagi perkara yang menarik mengenai internet. Jadi daripada minat itu aku pelajari mengenai internet marketing @ pemasaran internet dan aku kongsikan kepada yang sudi membaca blog aku. Apa yang aku pelajari, aku eksperimenkan pada blog aku sendiri. Continue reading

Buat Duit Dengan Blog Kesihatan

Ada macam-macam cara nak buat duit dengan blog. Tidak semestinya blog peribadi korang saja yang perlu difokuskan untuk hasilkan pendapatan. Dunia blog ni sebenarnya lebih luas daripada apa yang korang jangkakan.

Ianya terlalu besar sehinggakan Google sendiri memerlukan blog-blog untuk kekalkan perniagaan diorang sekarang ni. Kalau korang sudah ada blog peribadi tu memang bagus, tahniah aku ucapkan.

Tapi cuba korang besarkan lagi jaringan blog-blog yang korang miliki. Cuba hasilkan blog-blog yang mempunyai niche tersendiri. Contohnya blog niche kesihatan. Yeah! Health blog rocks! Continue reading

3 Langkah Menulis Entri Blog Dalam Masa 30 Minit

Entri ini ditulis oleh penulis undangan, Aqif Azizan.

Bagi pemilik blog, menerbitkan entri secara konsisten dapat memberikan pelbagai keuntungan jangka masa panjang. Antaranya adalah:

  • Meningkatkan jumlah pembaca.
  • Menjenamakan blog
  • Melatih diri untuk menulis lebih baik
  • Meyakinkan pihak pengiklan untuk beriklan di blog

Namun kajian di Problogger.net mendapati, masalah yang menyebabkan blog-blog tidak dikemaskini untuk jangka masa yang lama, adalah berpunca daripada kekurangan idea untuk menerbitkan entri.

Kekurangan idea ini didorong oleh beberapa faktor seperti virus ‘writers block’, dimana penulis menghadapi kesukaran untuk menjana idea-idea, bagi menulis entri di blog-blog mereka, meskipun mereka sudah berada di hadapan komputer selama beberapa jam, untuk mencari sumber idea.

Tulis Banyak Entri, Dalam Masa 30 Minit… Atau Kurang

Terdapat satu strategi yang dikongsikan oleh penulis undangan Copyblogger, iaitu Jim Estill, jika kita mahu menulis entri-entri blog, yang memenuhi kehendak pembaca dengan pantas. Continue reading

Kelazatan Makan KFC Setiap Malam

Yezzaaaaaa! Ayam KFC memang sedap gila lebih-lebih lagi bila ianya di saat-sat aku memerlukannya sangat-sangat. Muahaha! Aku boleh tahn jugak la hantu ayam KFC, kalau ada yang tak habis makan memang aku sapu. Apsal nak membazir dowh, baik habiskan malam ni jugak. Muahaha! Ahhhhh! Budak-budak lain bajet kenyang je tu. Mane boleh simpan ayam KFC ni, makan esok dah tak sedap dah. Setuju? Mesti setuju punya la.

Aku bersyukur ke hadrat ilahi sebab lately memang selalu dapat makan ayam KFC free. Boleh kata hari-hari la. Takpun dalam seminggu, miss sehari dua je tak makan KFC. Mak aih! Entah apo sodap eyh tah! Hahaha.. Mahal dow nak makan KFC kalau hari-hari g beli. Aku tak kaya macam korang, aku orang susah mana mampu nak beli KFC hari-hari. Korang senang la, mintak kat mak bapak korang kompom dapat punya kan. Hohoho..

Terima kasih aku ucapkan kepada Naim rakan serumah aku yang berpart-time di KFC. Ahaha.. Orang Cina panggil dia Nayem and orang India pulak panggil Nahim. Yelah, lain kaum lain lidahnya nak menyebut. Asal Naim balik je mesti bawak buah tangan. Aku dengan Mario pun asal dia balik buat-buat tidur tunggu Naim kejut bangun ajak makan KFC. Padahal memang dah berharap nak makan KFC ni. Wakaka! Biasa la kan ayat orang Melayu, ” Aishhh Naim, susah-susah aje nak bawak balik makanan ni.” Muahaha!

Kesian aku tengok Naim ni, kerja tak menentu. Sambil-sambil tu dia nak belajar jugak buat duit dekat internet ni. Memang secara basicnya, kalau korang nak rasa feel buat duit dekat internet memang korang kena ada blog. Sebab nanti dari situ korang akan belajar macam mana flow orang buat duit di internet ni. Macam mana, bagaimana dan mengapa boleh buat duit di internet. Selain tu korang boleh la belajar mengenai coding jugak. Naim punya blog  ni, NaimSymphony.com .

Saya Suka Baca Majalah IM 2009

Adakah korang tahu akan kewujudan Majalah IM ini? Majalah IM sudah lama menetap di hati aku dan ianya berjaya menggantikan komik Mutiara Naga yang aku kerap mengulangi pembacaannya. Bukan mudah untuk menggantikan Mutiara Naga atau lebih dikenali sebagai Dragon Ball. Buat pengetahuan korang, aku merupakan pembaca tetap kepada Dragon Ball sejak Son Goku masih lagi memancing ikan piranha menggunakan ekornya. Wohoho.. Kalau korang ada membaca Dragon Ball episod satu, korang pasti ingat akan senario tersebut. Namun, apa yang aku nak sampaikan pada post kali ini adalah mengenai Majalah IM. Memang tidak dapat aku nafikan bahawa Majalah IM merupakan antara majalah percuma terhebat di Malaysia! Ada banyak sebab aku berkata begitu tapi aku hanya larat untuk menaip sebab-sebab tersebut dalam jumlah yang kecil. Harap korang akan teruskan membaca.

Continue reading