
Ahah! At last this masterpiece arrived yesterday in a rainy day. Ahh! Aku sungguh malas nak berfikir ayat-ayat english ni. Dah lama gila kot tak menai or menulis in english. Dah berapa lama pulak aku tak masuk study ye tak ? Muahaha.. Takpela asalkan selalu tengok TV cerita omputih pun jadi la kan. Baca magazine and baca The Star
Akhirnya sampai jugak surat no PIN akaun Adsense sampingan aku yang ke-XX . Rahsia rahsia.. Nanti terkujat pulak korang nanti. Buat duit dengan Adsense ni memang famous tapi dalam-dalam famous tu ramai gila kot yang tak tahu lagi Adsense ni apa benda nya. Aku pernah jugak dulu masa nak cash out earning Adsense aku, ada ke patut manager bank RHB tu tanya aku Google tu apa. Mak aih, tak pernah membaca agaknya dia ni. Nak kata tua takdelah tua sangat. Belajar tinggi-tinggi tapi Google pun tak tahu. Hohoho!
Nak buat duit dengan Adsense ni takdelah susah sangat. Asalkan tahu teknik dia, tahu flow Google Adsense ni macam mana dan korang fokus dengan teknik buat duit dengan Adsense ni. Ada macam-macam teknik sebenarnya. Nak dapat earning gempak dan pantas boleh tapi risiko sangat tinggi. Sedangkan buat teknik yang biasa pun kadang-kadang kena jugak ban dengan Google. Boleh kata nasib jugak lah. Google memang strict dengan polisi diorang tapi ramai jugak yang terlepas daripada langgar TOS polisi diorang tu. Ni bukan polis indon ok, ni “policy”.
Surat no PIN Google Adsense ni sangat penting sebab ni cara Google nak verify yang nama dan alamat kita ni memang wujud. Jadi diorang akan mintak korang submitkan no PIN ni dekat dalam akaun Google Adsense korang. Korang akan dapat surat ni selepas earning korang mencecah USD10.oo .
P/S : Kalau korang baru nak daftar akaun Google Adsense boleh usyar kat sini – Video Step By Step

Logo yang mengubah pemahaman teknologi IT dunia
——





11 Responses