Siapa peminat Satan dekat sini angkat tangan cepat! Haha.. Teringat aku masa zaman-zaman baca komik dulu. Mutiara Naga memang salah satu komik yang akan aku wajib baca setiap bulan. Kalau tak dapat beli, aku akan menangis guling -guling sebelah arwah atuk aku yang sedang baca paper depan TV. Hohoho! Sangat merindui arwah atuk aku. Satan merupakan salah satu watak yang ada dalam Mutiara Naga. Selalu kitorang panggil Mutiara Naga ni Dragon Ball je.

Satan juga adalah ayah kepada Videl yang berkahwin dengan Son Gohan. Watak Satan mula dipertonjolkan semasa Pertandingan Kungfu Antarabangsa. Satan merupakan juara dunia masa tu dan boleh dikatakan sangat-sangat berlagak. Dia tidak tahu langsung kewujudan pahlawan Super Saiya yang hebat-hebat. Mungkin masa tu Jepun besar sangat rasanya. Muahaha!

Kalau korang minat baca Dragon Ball mesti korang tahu punya pasal Satan ni. Gambar orang dekat atas ni memang sebijik sama dengan Satan. Misai sama, rambut pun sama. Attitude dia kita tak tahulah sama atau tak. Aku rasa lelaki ni patut diambil menjadi salah seorang pelakon dalam filem Dragon Ball akan datang. Hohoho!

Related Posts with Thumbnails
Be Sociable, Share!