Salam semua.. Salam jangan tak salam.. Sorry aku dah lama tak update blog. Ada tugasan sikit serta konflik dalaman yang aku hadapi. Hehe.. Aku dalam proses buat surat penangguhan pengajian ijazah aku. Tak siap-siap lagi suratnya dari haritu. Ahah! Korang kenal tak dengan Yusry JomSeminar? Kalau tak kenal, maknanya korang kena banyakkan lagi bacaan korang dalam dunia internet marketing Malaysia. Hehehe.. Dulu bro Yusri ni bergerak secara terowong bawah tanah ( underground ) tetapi kini tidak lagi selepas dia terlibat bersama Team JomSeminar. Dia merupakan seorang full time affiliate marketer yang hebat dan itulah punca pendapatan utama bro Yusri.

Sempena Majalah IM Isu Ke12, kitorang telah memilih topik mengenai affiliate. Jadi kitorang telah memilih bro Yusri untuk ditemuramah. Tempat pertemuan kami adalah di MidValley Megamall. Mula-mula nak pergi sana sesat jugaklah sebab salah faham antara si penunjuk arah dan pemandu. Hahaha.. Aku dengan Labanon lepak saja kat belakang. Bila dah sampai dekat MidValley kitorang mula-mula jumpa dengan bro Yusri, lepas tu jumpa sekali dengan bro Syed Ikhwan dengan isteri dia. Selepas lunch bersama di foodcourt barulah kitorang start nak interview. Pada mulanya isteri bro Syed dengan sempoi mencadangkan lepak dekat gambar dekat atas tu. Hohoho.. Lepas tu kitorang beralih dekat Starbucks The Gardens.

Zhafran kemudian terus interview bro Yusri mengenai affiliate marketing. Dia dah cuba korek macam-macam tapi apakan daya, tak dapat korek semua daaaa.. Ahaha.. Kalau nak dengar audio interview tu nanti, tunggu isu Majalah IM ke12 keluar nanti. Bro Yusri ada bawak cek-cek daripada Clickbank. Banyak juga cek yang dia dah dapat. Sah-sah berkepuk poket anak-anak dia ni. Hohoho..

Yusri Jom Seminar

Cek Clickbank Yang Lumayan

Related Posts with Thumbnails