hari raya

Aku rasa aku masih tidak terlambat lagi untuk update blog aku ni sempena Syawal yang sudah pun berlalu. Nampaknya aku tidak menepati janji sebab sebelum ni aku janji nak update blog, namun setelah 2 bulan baru aku update. Hohohoho!

Maaflah sebab terlalu sibuk dan enjoy dengan perniagaan menjual jus Monavie yang mendapat permintaan tinggi. Hari Raya 2011 ni aku rasa keadaan keluarga aku semakin baik. Aku rasa setakat ni aku mampu nak berkongsi, belikan dan beri apa yang patut untuk ibu dan uwan.

Sayang ibu & uwan!

lancer sportback

Tahun 2011 ni aku beraya sekali lagi dengan kereta baru, Lancer Sportback edisi Ralli Art 2.4L memang sodap! Proton Persona yang sebelum ni aku serahkan kuncinya pada ibu tapi tanggungan Proton Persona tu masih dia atas bahu aku.

Takkan nak suruh omak bayar lak kan? Muahahaha!

my love

Pada penghujung bulan Ramadhan lepas aku sempat jatuh hati dengan kenalan yang sebelum ni hanya berhubung melalui Facebook. Rezeki Dr. Cinta dapat kekasih yang sangat caring, memahami dan matang. I love u sayang :)

Aku rasa cukup setakat itu untuk post kali ni setelah 2 bulan tak update blog. Aku janji lepas ni aku akan kerap update blog. Janji bai!!!! Wakakaka!

P/S: Happy family is what i need

Related Posts with Thumbnails
Be Sociable, Share!