Waaaah! Aku ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia dan selamat hari lahir kepada semua rakyat Malaysia yang tarikh lahir korang jatuh pada tarikh 31 Ogos ini. Kalau masa dekat SBP dulu ada budak-budak yang dapat cake birthday if diorang punya birthday dalam bulan Ogos ni. Agak bertuah jugaklah diorang. Aku rasa, kalau kita ni merdeka sangat pun tak guna jugak sebab kita terasa kita ni selamat sangat. Aku rasa kalau budak-budak sekolah and budak-budak yang lingkungan umur aku ni, ada jugak yang terlampau merdeka sampai terlupa hala tuju hidup diorang.

Harap-harap tahun ni ramailah yang sedar dekat mana tahap merdeka diri masing-masing tu. Orang cakap merdeka ni ada macam-macam. Bukan setakat nak merdeka daripada penjajah je. Merdeka daripada segala masalah yang ada dekat dunia ni pun merdeka jugak. Jangan sampai kita leka sangat sampai kena jajah balik macam zaman dulu sudeyh. Masa tu nanti terkangkang kita nak hidup nanti ye tak. Nak cari duit nak hidup pun kena mengangkang lagi la parah. Aku doakan kita masing-masing akan jadi manusia yang lebih baik dari hari ke hari.

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

Related Posts with Thumbnails
Be Sociable, Share!