Pejam celik pejam celik..Dah nak raya dah rupanya..Sesudah sebulan berpuasa kini tiba masanya kita bersama sanak-saudara berkumpul untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri..Waaaa…Seronok dapat makan ramai-ramai dengan sepupu sepapat aku..Haha..Tak sabar nak menyakat diorang..Memandangkan aku akan balik kampung aku esok , dunia online akan ditinggalkan untuk beberapa ketika..Mungkin 3-4 hari lamanya..Waaaaa, rindu nak online nanti..Wakaka..Dekat kampung aku takde Streamyx , coverage untuk broadband lagi la tak kesampaian..

Kepada semua kawan-kawan aku yang kena drive ataupun rider untuk balik kampung..Aku nasihatkan berhati-hati di jalan raya..Biar lambat gila pun takpe..Asalkan sampai dengan selamat..Bahaya woooo Hari Raya ni..Ramai driver lori buat overtime nak dapat triple pay sempena Hari Raya ni..Hahahaha..Dalam sedap menyambut Hari Raya , jangan lupa kalau ada homework kena buat..Jangan tak buat pulak..Ehehe..Macam la aku buat..

So di sini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan aku minta maaf banyak-banyak kalau ada buat salah dekat korang..Terutamanya kawan-kawan aku dan juga para bloggers sekalian..Kalau aku ada terkasar bahasa masa comment dekat blog korang tu..Maafkanlah aku ya..

Wassalam..

P/S : Main mercun baik-baik..Hehe..Jangan kantoi..Denda Rm1000 wooo…

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Mixx
  • del.icio.us
  • BarraPunto
  • Reddit
  • Digg
  • BlinkList
  • Technorati