Hari ni merupakan hari jadi kawan aku iaitu Google. Kawan aku ni sangat famous di kalangan semua orang sampai ramai sangat orang nak teraba-teraba dan tercari-cari dia ni.

Kawan aku si Google ni pun kadang-kadang baik hati dia. Dia tolong ramai orang buat duit dekat internet. Tapi ada kalanya Google ni buat palat! Dia pernah curi duit aku dan orang lain juga.

Aku rasa Google ingat orang lain tak tahu yang dia curi duit kitorang. Tapi takpe, sebab kau Google! Kitorang tak boleh nak buat ape-ape. Sorrylah Google aku tak dapat nak bagi kau kek sebab aku rasa kau dah mampu beli berjuta-juta kek. Jadi kau belilah sendiri ya!

Wahai Google, selamat hari jadi sekali lagi aku ucapkan. Moga-moga kau banyak membantu aku dan rakan-rakan yang lain buat duit di internet. Kalau kitorang ada buat jahat, sorrylah ya. Kau kan anak orang kaya! Muahahaha!

Aku harap-harap satu hari nanti aku dapat sorang kawan macam kau dekat Malaysia ni. Kau tunggu je!

Related Posts with Thumbnails