
Walaupun agak lewat untuk ucapkan selamat menyambut kedatangan tahun 2011, aku pasti korang semua dah setkan goal dan azam masing-masing untuk tahun ni.
Mungkin ada azam masa tahun 2010 tu tak dilaksanakan dengan sempurna lagi, korang bawaklah ke tahun 2011. Jangan putus asa pulak dengan azam tu.
Seribu kegagalan yang membawa ke arah kejayaan lagi manis daripada berjaya tanpa cabaran. Apa yang penting sekali teruskan berusaha, tawakal, berdoa dan redha terhadap segala yang berlaku.
Tahun ni aku cuba untuk belajar lebih lagi dalam pembangunan laman web (web developement), menambah lagi bilangan blog, menyediakan satu platform percuma untuk semua orang belajar mengenai blogging, beli sebuah rumah dan mungkin kereta untuk yang tersayang serta mengembangkan lagi syarikat yang ada.
Semoga kehidupan kita lebih baik daripada tahun 2011. Insyaallah!
6 Responses