Adakah korang tahu akan kewujudan Majalah IM ini? Majalah IM sudah lama menetap di hati aku dan ianya berjaya menggantikan komik Mutiara Naga yang aku kerap mengulangi pembacaannya. Bukan mudah untuk menggantikan Mutiara Naga atau lebih dikenali sebagai Dragon Ball. Buat pengetahuan korang, aku merupakan pembaca tetap kepada Dragon Ball sejak Son Goku masih lagi memancing ikan piranha menggunakan ekornya. Wohoho.. Kalau korang ada membaca Dragon Ball episod satu, korang pasti ingat akan senario tersebut. Namun, apa yang aku nak sampaikan pada post kali ini adalah mengenai Majalah IM. Memang tidak dapat aku nafikan bahawa Majalah IM merupakan antara majalah percuma terhebat di Malaysia! Ada banyak sebab aku berkata begitu tapi aku hanya larat untuk menaip sebab-sebab tersebut dalam jumlah yang kecil. Harap korang akan teruskan membaca.

Majalah IM amat sesuai untuk mana-mana lapisan masyarakat yang berminat dengan perniagaan internet, perniagaan offline, motivasi, blogging dan macam-macam lagi. Acap kali aku ingin mengetahui tips-tips mengenai blogging, aku akan buka folder khas untuk Majalah IM di dalam hard disk laptop aku ini dan membaca salah satu daripada mereka. Selain itu, Majalah IM juga mempunyai design-design yang menarik yang kadang kala boleh melembutkan hati seseorang dan boleh menyembuhkan kadar kekurangan sakit mata anda walaupun dalam peratusan yang kecil. Hehehe.. Melalui ebook-ebook Majalah IM, korang juga boleh menempah iklan korang di sana. Harganya juga berpatutan kerana Majalah IM mempunyai bilangan pembaca yang ramai. Malahan, pembaca-pembaca mereka terdiri daripada golongan yang suka dengan perniagaan. Korang juga boleh mendapatkan beberapa servis untuk perniagaan internet anda daripada mereka. Tawaran mereka sangat menarik kerana mereka tidak akan putus-putus membantu anda sehingga berjaya.

Pada tahun 2009 ini, aku rasa Team Majalah IM akan lebih bersemangat lagi dengan beberapa projek baru dan azam baru. Aku yakin mereka akan lebih produktif lagi selepas menempuh segala onak dan duri pada tahun-tahun yang lepas. Aku dengar-dengar diorang akan mengadakan webinar dan seminar untuk tahun 2009 ini. Aku harap kedua-dua program tersebut dapat aku sertai. Hehehe.. Aku tak berapa larat nak cerita lebih lanjut lagi pasal Majalah IM ini. Apa kata korang download je Majalah IM edisi ke9 untuk tahun 2009 ini.

Download Majalah IM 2009

Related Posts with Thumbnails