Ada satu hari tu aku pergi ke restaurant kepunyaan Harith Iskandar, Samsaraa gelaran diberi. Aku pergi bersama-sama Rebecca dan Hanie selepas dijemput untuk mencuba makanan dan mendalami suasana melepak di Samsaraa oleh Harith dan Jezamine. CuteCarry pun dijemput tapi dia datang solo dan lewat. Haha!

Samsaraa ni terletak di sekitar Taman Sri Hartamas. Nak pergi situ, takdelah sesukar mencari harta karun. Kalau korang malu nak tanya orang, just search dekat Google map je. Heheheee.. Haritu Hanie yang drive and aku just goyang kaki je sambil berangan. Ngeeee….

Masa mula-mula sampai tu, kitorang disambut mesra oleh Jezamine. Harith Iskandar takde sebab ada tugasan penting. Jadi aku tak berpeluang nak tengok “matahari”.. Wakaka! Suasana dalam restaurant tu sangat selesa dan takde bunyi-bunyi bising. Kalau bawak awek korang makan sini, aku rasa kalau dia berbisik dalam hati pun korang boleh dengar. Muahaha!

Restaurant tu memang santai! Keadaan dalam tu pun tak sejuk sangat dan tak panas. Tak macam dekat kedai mamak, yang korang perlu buat muka taiko nak suro diorang bukak kipas laju-laju. Sangat selesa untuk aku yang sedang lapar lepas berham-jam mengikat perut dari Seremban. Fuhhh!

Akhirnya, setelah berbual-bual untuk beberapa ketika.. Makanan pun sampai satu per satu seperti yang aku mimpikan malam sebelumnya.. Ahahaha.. Gurau je lah..

Chicken Mango Salad ni sangat sesuai kalau korang makan sambil mata usyar awek sebelah. Perghhhh! Dia punya rasa memang sama macam awek yang korang usyar tu. Hahaha.. Begitu juga sebaliknya untuk korang yang perempuan.. Hehehe.. Gabungan ayam, salad dengan sedikit mangga memang mampu buat perut korang rasa sangat hebat. Heeheeee..

Kampung Roasted Chicken ni pulak, di samping daging ayamnya yang sangat lembut dan memudahkan aku menyiat menggunakan gigi dengan penuh sopan santun, aku dapat rasakan nasinya sangat istimewa. Bagi aku, nasi tu ada rasa pulut sikit. Sodap gilo! Aku mungkin akan tempah pulut dekat sini satu hari kelak.. Muahaha!

Bagi penggemar ayam gulai lemak dekat kampung nun jauh di sana, aku berfirasat yang korang akan serta-merta jatuh cinta dengan Thai Roasted Chicken ni. Dia punya lemak tu aku tak boleh nak luahkan dengan kata-kata. Penuh dengan imaginasi yang sangat melampau. Boleh terbayang rasa gulai lemak yang nenek aku masak dekat kampung. Lagi satu, korang akan suka dengan keledek yang warna oren tu sebab sangat lembut bila bermain-main dengan lidah. Nyum2!

Bagi penggemar makanan pedas pula, korang dah boleh berhenti kunyah segala jenis lada setiap malam. Western Roasted Chicken ni akan mengajar korang satu erti pedas yang tersendiri. Dia punya black pepper sauce tu, tak macam dekat tempat-tempat lain. Memang betul-betul terasa! Nanti korang boleh bandingkan kentang warna kuning tu lagi sedap daripada keledek oren atau tak.. Hohoho0oo..

Mango Cheese Cake ni boleh buat sesiapa saja terliur. Aku rasa makcik Esah pun boleh pening, macam mana orang nak makan buah mangga sambil makan kek. Wakakaka! Kalau awek or boyfriend korang tengah merajuk, korang bagi je makan kek ni. Confirm diorang cair punya! Dia punya rasa macam melekat je dekat lidah korang nanti. Huhuhuuu..

Yang ni aku dah lupa apa namanya. Aku rasa sikit je desert ni sebab aku tak berkenan sangat. Tapi mungkin desert ni menepati citarasa korang aku tak tahulah kan. Korang nak rasa korang boleh datang Samsaraa dulu maaaa…

Terus terang aku cakap makan dekat Samsaraa ni memang sedap-sedap. Harga dia tak mahal sangat lah, berbaloi-berbaloi dan sangat berpatutan dengan kelas restaurant ni yang tersendiri. Samsaraa ni banyak makanan yang berunsurkan mangga sebab ibu kepada Harith Iskandar sangat sukakan mangga.

Aku rasa korang bawak duit dalam RM20 pun dah lepas nak makan dekat sini. Kalau nak makan special dengan awek tu, bawaklah RM50 kan. Makan minum sedap-sedap dalam RM40 lepastu lagi RM10 buat bagi tips dekat waiter Samsaraa. Barulah awek korang cakap, wow cik abang! Haha!

CuteCarry, Jezamine, Rebecca, Hanie, Handsome :) )

Terima kasih aku ucapkan kepada Harith dan Jezamine sebab jemput kitorang untuk isi perut dekat Samsaraa ni. Sangat-sangat berpuas hati dan berbesar hati dengan layanan yang diberikan. Kalau dijemput kali kedua dan ketiga sumpah aku akan panjangkan lagi ayat puji memuji ni. Miahahaha! Ikhlas la!

Gambar Di Sebalik Tabir : Klik Sini

Facebook Page Samsaraa : Klik Sini

Related Posts with Thumbnails