Masa baru nak pindah rumah baru awal bulan lepas, aku ada beli satu tilam queen size. Lupa plak brand tilam ni tapi yang pasti empuk. Hahaha.. Sejak beli barang-barang rumah sendiri ni, barulah aku tahu yang sebuah tilam tu lagi berharga daripada katilnya.

Patutlah sebelum ni kalau aku usyar perabot-perabot untuk bilik tidur, tilam tak disekalikan dengan katil. Sapelah yang ajar aku BM ni. Wahaha! Aku bersyukur sebab akak dara pingitan yang promote aku tilam ni siap bagi dua bantal and satu bantal pemeluk tu free. Padahal memang patut bagi free pun kan. Ahah!

Ok, aku nak tanya korang. Salah ke kalau orang bujang bertilam queen size? Hohoho.. Memangla mitos mengatakan tilam queen size lebih kepada orang yang nak tidur berdua. Tapi buat masa ni, tujuan aku tidaklah begitu walaupun aku mengimpikannya sangat-sangat. Weeeeeeee… Siapa taknak tido berdua weh. Muahaha!

Bila aku beli tilam queen size ni, tak semestinya aku nak bawak awek tidur sekali. Tidak bermakna aku akan tidur berpelukan dengan pasangan. Dan aku tidak sama sekali seorang gay yang nak tidur berpelukan dengan rakan serumah. Wakakaka! Aku perlukan tilam queen size oleh kerana untuk keselesaan untuk bermimpi indah. Selain tu, taknak bagi aku jatuh daripada tilam akibat kebuasan aku. Hehehe..

Related Posts with Thumbnails