
Kalau Hari Raya pertama, lepas saja solat sunat Aidilfitri ramai di antara kita yang akan beraya bersama keluarga, sanak-saudara seperti KN yang takkan melepaskan peluang beraya dengan sanak saudaranya setiap tahun sampai nak beraya dengan member pun tunggu hari raya kelima. Hahaha! Hampeh punya KN. Tapi Perdana Menteri kita , Dato Seri Najib Razak pada pendapat aku dia mungkin tak berpeluang nak beraya dengan sanak saudaranya. Mana taknya, first day je lagi dah buat open house besar-bearan. Dato Seri Najib Razak buat open house sempena Hari Raya ni di tempat lazimnya seorang Perdana Menteri akan buat open house iaitu di Putrajaya.
Ramai juga yang datang rumah terbuka Perdana Menteri kita ni. Aku pun naik hairan, diorang taknak raya rumah keluarga dulu ke. Sanak saudara confirm ramai. Palin tidak pun rumah member or kenalan ke. Masa aku tengok TV haritu, ramai antara diorang yang datang ni tak balik raya di kampung tu. Kemungkinan besar orang yang datang raya dekat rumah Perdana Menteri dekat Putrajaya ni orang-orang area KL je kot.
Berapa riggit ek dapat beraya dekat rumah terbuka Dato Seri Najib ni ek? RM100 sorang ade tak bagi kanak-kanak? Kalau dapat lebih RM100 memang aku akan ajak sedara mara aku serbu rumah terbuka nih. Ada 10 orang budak kecik dah dapat RM1000 dah tu. Ni memang betul-betul buat duit masa Hari Raya nih. Tak payah buat duit depan laptop de. Haha! Papehal pun korang usyar-usyar la gambar-gambar rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri di kediamannya di Putrajaya ni.







2 Responses