Nampaknya Ijan Burger mengembangkan dan melebarkan sayap puyuhnya dengan jayanya. Aku rasa roti telur kentang ni dah lama terlintas dalam kepala Ijan tapi hanya masa menentukannya. Rabu kelmarin aku dengan aktiviti sembang sekali lagi menjadikan Ijan Burger and Syed Maju sebagai lokasi. Nampaknya awek makin kurang di hari persekolahan dan lepas pukul 12 malam. Hohoho!

Aku dah lama dah nampak menu baru Ijan ni, Roti Telur Fries. Tak macam dekat benteng Ampangan yang lagi senang digelar Roti Telur Kentang. Ok la tu, Ijan punya fries tak macam Ampangan punya kentang. Harga standard RM3.00 aku rasa cukup berbaloi. Lantas aku mengodernya dan santap dengan rakus. Aku rasa tak sampai 10 minit dah habis. Muahaha!

Roti telur kentang benteng Ampangan memang tewas teruk dengan roti telur fries Ijan Burger ni. Aku rasa daripada semua segi dah tewas dah! Fries yang garing, telur yang cun ditambah dengan baked beans. Fuhhh! Layan dowh! Aku rasa menu ni akan dijadikan menu setia aku bila adanya pertemuan di sini. Kalau korang tak pernah datang ke Ijan Burger dekat Paroi Jaya, aku sarankan korang datang dan cuba apa yang ada dekat sini.

Kompom nak pindah Paroi Jaya punya! Muahaha! Kalau korang nak tahu jalan, klik sini -> Peta Ijan Burger

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Mixx
  • del.icio.us
  • BarraPunto
  • Reddit
  • Digg
  • BlinkList
  • Technorati