Pagi-pagi buta aku dah bangun..Aku terus on laptop Dell Inspiron 1420 aku untuk meneruskan aktiviti aku yang sentiasa online..Haha..Macam biasa aku akan tengok email,baca paper online dan tengok blog-blog rakan IM aku jika ada info best..Aku terkejut hari ni sebab Titan dah tag aku dengan beberapa soalan..Jadi dengan adanya kesempatan ini aku akan cuba menjawab..Aku jawab semua soalan ni berdasarkan pengalaman aku semasa di SM Sains Tuanku Jaafar , Kuala Pilah , N.sembilan (2001-2005)
5 Tabiat Buruk Di Zaman Persekolahan
1. Selalu kacau budak perempuan.Aku sama juga dengan semua budak lelaki lain ,selalu je ade kesempatan nak kacau budak perempuan..Haha..Yang paling teruk kena mestilah budak perempuan kelas aku dan jugak junior-junior yang lalu lalang kat depan kelas aku..Kalau aku ada nampak budak perempuan kelas aku tengah tension or tengah poyo study..Aku kacau habis-habisan sampai budak tu tersipu-sipu malu,menangis ataupun marah..Haha..Kejam..
2. Selalu tak siap kerja BM.Aku memang malas gila bila nak buat homework BM..Ya la ,kerja asyik menyalin je..Padahal semua dah ada dah dalam buku,buat apa nak salin..Hehehe..Setahu aku,kebanyakan budak lelaki kelas aku memang ramai yang selalu tak siap..Tapi yang selalu mestilah aku..Haha..Tapi aku dapat BM A1 ok..Aku ingat lagi nama cikgu tu , Puan Hasmiza..Dia mengajar bosan tapi kadang-kadang aku boleh layan lawak dia..Aku dengan kawan aku memang gelak kaw2 punya..Selalunya bila cikgu mintak homework,mula-mula aku akan pergi kat belakang pergi kat locker aku cari-cari kertas aku padahal memang takde pun..Lama aku cari,lepas tu aku bagi alasan tertinggal..Kesudahannya kena cubit..Haha
3. Ponteng kelas.Ini merupakan taktik terakhir untuk sesiapa saja dekat sekolah aku kalau diorang malas ataupun tak siap homework.Bila ponteng kelas kadang-kadang aku akan pergi lari ke library dan tidur kat sana..Hehe..Kalau tak dekat library aku akan lepak dekat dorm aku..So aku balik asrama..Kalau pintu aspura berkunci , budak lelaki mengambil inisiatif untuk panjat tembok belakang..Haha..
4. Skodeng aspuri dari hutan.Ini merupakan tabiat buruk yang kedua best masa aku dekat SMSTJ dulu..Hehe..Jantan gatal rupanya aku ni..Entah apa peliknya pelajar SBP ni , kuat sangat skodeng budak perempuan..Tapi kitorang bukanlah mengintai budak perempuan mandi tapi ni dari hutan je..Kitorang nampakla macam mane perangai budak perempuan batch aku..Awek-awek aku..Hehe..Rambut diorang macam mane..Yela mase dekat sekolah aku dulu,semua budak perempuan diwajibkan pakai tudung bagi yang muslim..So dek kerana nak sangat tengok macam mana budak perempuan yang dipuja-puja..Haha..Kitorang pun skodeng la..Aku pernah kena gantung sekolah sebab ni..Hampeh.
5. Fly keluar dari kawasan sekolah.Selalunya bila aku dah boring sangat dekat asrama tu , malam-malam masa hujung minggu aku akan fly untuk bermain snooker..Bukan sorang-sorang tapi bertemanla kan..Takkan aku nak main snooker sorang-sorang..Haha..Dulu masa F4 aku merupakan jaguh..Tapi lama-lama ramai yang jaguh..Hampeh..Ada jugak kawan aku yang fly sebab nak mainĀ RagnaRock..Haha..Ape nak jadi daa..Aku pernah kantoi dan dirotan 6 kali sambil meniarap oleh Encik Abdul Razak Silong!
3 Subjek Kesukaan Dan Kenapa
1. Matematik.Sejak dari sekolah rendah lagi aku suka Matematik.Aku suka mengira dan selalu dipuji kerana aku berkebolehan mengira dengan baik..Hehe..Cikgu selalu puji aku masa zaman sebelum PMR..Boleh dikatakan antara yang TOP student la untuk subjek ni..Tapi masa zaman Add Math aku lemah sikit tapi minat tu masih tinggi.
2. Pendidikan Jasmani.Subjek ni paling best sebab boleh main bola dengan satu kelas..Budak lelaki sekolah aku dulu setiap petang bersukan..Main hoki ,main bola dan macam-macam lagi.Tapi masa Pendidikan Jasmani ni satu kelas akan terbabit dalam main bola..Haha..Dari situ aku dapat main dengan budak-budak yang tak suka main bola ataupun yang kaki bangku..Haha..Best gelak-gelak masa ni.
3. Sejarah.Secara seriusnya aku memang suka subjek Sejarah sebab dapat tahu macam-macam pasal negara kita ni.Lebih-lebih lagi asal-usul Melayu..Best woo..Very interesting..
3 Subjek Yang Aku Tak Suka
1. Biologi.Aku paling tak suka subjek ni sebab lama sangat masa tu.Kelas aku yang paling lama adalah kelas Biologi..Dahla makmal biologi tu panas gila..Kelas biologi ni pulak selaunya lepas rehat akan membuatkan aku mengantuk..Cikgunya tak dapat menghiburkan aku..Aku tak pernah dapat markah yang tinggi dalam subjek ni walaupun aku dah study habis-habisan..Stay up sampai subuh!Hasilnya sangat mengecewakan walaupun aku rasa jawapan aku betul..Aku rasa cikgu ni memang tak suka aku..Haha..
Aku ok je dengan subjek lain.
Menarik Pada Aku
Aku boleh dikatakan hebat dalam bermain hoki.Antara player terpenting la orang cakap..Cikgu dan budak-budak ni dah iktiraf aku defender terbaik team bola sekolah aku dulu..Haha..Aku ni pemalas sebab tu aku jadi defender..Senang sikit kerja aku..Cikgu lagi percaya dekat aku sebagai right back berbanding dengan seorang senior aku..Aku kena ganti tempat dia..Hehe..Kembang sikit mase zaman tu..
Aku Paling Suka
Makan..Tidur..Outing..Main snooker..Dating..Skodeng budak perempuan.. Hehe
Aku Tak Boleh Hidup Tanpa
Soalan ni aku jawab dari segi pemahaman tersendiri..Masa tu aku tak boleh hidup tanpa handphone dengan duit..Hehe..Payahla kalau takde dua-dua tu..
Siapa Aku Hubungi Setiap Malam Sebelum Tidur
Kadang-kadang sebelum tidur aku akan call family aku..Aku juga akan call awek aku masa tu..Ahaks..Walaupun jarak aspura dan aspuri hanya 50meter.
Kepada Siapa Aku Nak Sebarkan Tag Nie
Spatt , Fara , Farah Aznil dan kepada sesiapa yang ada blog.
P/S: Ada beberapa perkara sebelum aku balik kampung untuk beraya..Aku kena cari source untuk ebook aku nanti..Aku akan buat post pasal buku aku beli semalam..Patutnya aku beli baju melayu tapi bagi aku ilmu lagi penting..Dan aku kena buat post Selamat Hari Raya untuk korang..Hehe..




13 Responses