
Im proudly present that RidzuanRichie.com is publishing the ads from Advertlets and not Nuffnang. Haha.. Malas aku nak type english panjang-panjang. Nanti korang cakap aku mat saleh celup plak. Ramai awek datang cari aku nanti susah.
Aku rasa aku dah mual nak tunggu 2 keping cek aku daripada Nuffnang yang sekarang dah makin maju dalam menilai sesebuah blog dan blogger. Sekarang diorang amik artis je jadi budak-budak Alpha. Aku hairan, tak ke blogger-blogger lain yang ada dalam network Nuffnang tu bengang sebab Nuffnang pilih blogger Project Alpha yang ntah pape.
Ada blogger yang memang mantap, tapi ada jugak yang kureng terus. Haishhh! Maybe Nuffnang nak publisiti lebih kot amik orang yang berpengaruh macam wartawan and artis jadi blogger Project Alpha. Haiyooo.. Content dalam blog diorang yang kureng tu semestinya kureng. Tak boleh terima dowh. Diorang maybe berpengaruh dekat luar, tapi takdelah blog diorang berpengaruh.
Haiyoo.. Sekarang aku nak beralih dekat Advertlets dan Innity. Aku rasa dua syarikat ni boleh berkembang maju dan menyaingi Nuffnang. Pasal isu lambat bayar Advertlets tak perlu kita ungkit lagi, sebab Nuffnang sama je lembab. Kalau dengan Nuffnang, kena ambil masa lebih daripada 3 bulan untuk blog korang ngan dengan system and income naik mencanak.

Kalau dengan Advertlets, tak perlu lama-lama! Itu antara kelebihan diorang sebab diorang menghargai setiap pelawat blog korang. Setiap pelawat korang akan membawa earning kepada blog korang. Sebab Advertlets memang teliti dalam menunjukkan earning. Memang detail! Tak macam Nuffnang, diorang nye earning akan naik lepas pukul 3-4 pagi. Advertlets sentiasa! Earning korang akan sentiasa naik kalau blog korang sentiasa ada pelawat. Tak perlu ramai pun takpe.
Penat dengan earning Nuffnang? Jom beralih kepada Advertlets! Sehari blog aku yang tak seberap ni boleh lah dapat Rm10+. Sebulan RM300 pun jadi la kan minimum.




28 Responses