Apa yang kujangka jauh tersasar. Hohoho.. Haritu aku ade tengok movie Adnan Sempit yang agak pecah panggung jugak la dengan budak-budak ni Patay, Mario dan Adie. Naim takde sebab dia ade kerja part time, dan memerlukan dia menonggeng dengan kerap.

Masa awal filem ni kuar, aku bajet mesti filem ni tak boleh blah dan sampah. Kemudian aku terbaca kat paper yang filem ni dah pecah panggung dapat kutipan lebih RM4 juta masa awal promosi diorang. Wow! Memang aku kena tengok, masakan begitu ramai yang menonton tanpa aku. Ahaha!

Jadi planning untuk menonton berjaya dan hari yang ditunggu tiba. Agak malang sebab orang ramai rupanya, bajet dah tak ramai nak tengok. Memang bertambah la sales diorang ni. Tahniah2.. Bertambah malang lagi kitorang dapat seat 3 baris daripada depan dan bahagian tepi. Perghh! Aku rasa aku dah boleh apply jadi Peninjau Anak Bulan sempena Ramadhan dan Syawal akan datang. Ahah!

Memang layan jugak dow lawak filem Adnan Sempit ni. Dia bukannya cerita pasal mat rempit sangat, tapi lebih kepada konflik percintaan seorang mat rempit and anak perempuan korporat. Haha.. Serius lawak! Tapi ni memang lawak tahap tinggi punya sebab kadang-kadang maybe ada di antara korang tak faham walaupun dia punya lawak tu simple and sikit je. Tapi lawak gila babeng poik..

Antara konflik lain dalam filem ni, perebutan tender jutaan ringgit beberapa syarikat besar. Dua rakan lama Intan Ladyana dengan Zach X-Factor kononnya bersaing secara sihat, tapi Zach X-Factor main kotor guna mat rempit curi laptop dengan paperwork Intan Ladyana walaupun diorang nampak macam berbaik-baik.

Apa yang lawak dalam filem ni pulak, lawak cinta sorang mat rempit sejati yang tak merempit secara haram. Mat rempit yang tak tahu cakap omputih. Wakakaka! Sorang pakcik tua yang kaki karaoke dan sebuah keluarga peniaga warung yang dikongkong bini dan juga bekas mat rempit.

Korang kena tengok dow, kalau tak rugi. Hahaha.. Kalau boleh tolong lancarkan dan bagitau kat aku lawak-lawak dan trademark Adnan Sempit ni. Aku banyak dah lupa dah.

Kredit Gambar : Biskuat

Related Posts with Thumbnails