
Dari dulu lagi dah heboh dah pasal restoran Liyana Jasmay yang dikatakan mahal bersamaan proses pencekikan darahan mana2 pelanggannya yang datang buat kali pertama. Aku pernah baca dekat forum yang harga makanan dekat situ kalau makan 4 orang boleh mencecah lebih daripada RM250. Apa kata korang? Hohoho.. Kalau aku baik aku beli perabot untuk rumah bujang aku ni. Pinggan bersepah kat rumah tu, kabinet dapur pun tak sebaik yang diharapkan.
Menurut kata Liyana Jasmay, itu bukan restoran dia tetapi restoran syarikat ayahnya iaitu Encik Jasmay Shah. Jadi korang rasa, relevan atau tak respon Liyana Jasmay terhadap komen orang ramai mengenai kemahalan restoran Ikan Sungai kepunyaan syarikat ayah Liyana Jasmay. Selain tu, Liyana Jasmay cakap restoran tu bukan macam gerai tepi jalan tapi lebih selesa. Ikan sungai yang dimasak dekat restoran syarikat ayahnya adalah yang segar dan sepatutnya mahal.
Liyana Jasmay pernah pergi ke Pahang dan makan di sebuah restoran yang menyediakan ikan segar dan ada banyak jenis ikan sungai dekat situ. Harganya pun mahal dan bukan seperti gerai biasa. Kalau nak murah pergilah pancing sendiri dekat sungai katanya lagi. Hohoho! Takdelah ayat yang tu aku reka sendiri.
4 Responses