Yes! Masalah Tiada Kad Kredit/Debit

Sebenarnya ramai orang yang nak mencari duit duit lebih melalui internet tetapi kebanyakkan mereka langsung tidak membuat kajian mengenai prosedur yang betul untuk menyertainya. Pada mulanya mereka yakin dengan menyertai sesuatu program melalui internet akan membuahkan hasil. Apabila sampai di satu tahap mereka akan rasa tidak puas hati kerana mereka tidak pernah menerima sebarang bayaran melalui program tersebut. Banyak kes seperti ini sudah terjadi. Sebenarnya mereka tidak tahu bahawa mereka perlu update cara pembayaran terlebih dahulu kerana ada di antara program menjana wang di internet memerlukan Paypal ataupun kad kredit@debit untuk menerima bayaran komisen. Bukan hanya dengan menghantar cek ke rumah melalui alamat yang telah diisikan semasa pendaftaran. Teruskan membaca..

Kad kredit dan kad debit merupakan aset penting bagi sesiapa yang ingin berjaya dalam menjana pendapatan pasif melalui internet. Kerana dengan dua kad itulah yang akan melakukan apa transaksi sama ada jual beli ataupun pembayaran dan penerimaan komisen. Biasanya ramai internet marketer menggunakan kedua-dua kad ini untuk pendaftaran Paypal. Apa bezanya kad debit dan kad kredit ni? Bezanya, kad debit kita perlulah topup jumlah wang ke dalam kad debit tersebut sebelum menggunakannya. Jadi, nilai wang yang boleh digunakan hanyalah mengikut jumlah nilai yang kita topup dalam kad debit tersebut. Umpama memakai nilai topup handphone korang je. Manakala kad kredit mempunyai limitasi tertentu untuk menggunakannya tetapi kita boleh menggunakannya walaupun tiada nilai dalam kad kredit tersebut. Namun malang sekali, kita akan dikenakan kadar bunga yang tertentu di atas nilai wang yang telah kita gunakan. Bagi yang boros, anda diharamkan menggunakan kad kredit. Hehehe.. Bila korang dah mempunyai salah satu dia atas, komisen korang boleh disalurkan ke kad-kad tersebut. Hohoho!

P/S : Aku lebih rela gunakan kad debit !

Related Posts with Thumbnails
Be Sociable, Share!