
Pada malam sebelum penganut Kristian menyambut Krismas, satu parti telah diadakan di Rootz sempena menyambut perayaan Krismas lah agaknya. Ada yang cakap, ramai juga orang Melayu yang sama sekali berparti pada malam tu. Turut terlibat beberapa orang artis terkenal antaranya Juliana Evans, Ridzuan Richie Ridzuan Hashim, Scha Alyahya, Juliana Evans, Awal Ashaari dan Qi Bloggerboy.
Malangnya parti tu kena serbu polis dan upacara urine test dilakukan. Kesemua artis yang ada tu negative urine test tetapi malang sekali buat bro Qi Bloggerboy selepas dia didapati positif mengambil dadah. Alahai bro, aku punya suka lakonan kau dalam Bloggerboy and Destinasi Bajet. Macam mana boleh kantoi ni bro? Selepas ni mungkin ramai peminat Qi atau nama sebenar dia Qushairi Mohammed Razali akan menonggeng sekejap atas kesilapan yang Qi lakukan.
Biasalah, setiap manusia ada dugaan masing-masing. Kalau tak silap aku orang lelaki ni ada 8 dugaan besar yang akan berlaku dalam hidup masing-masing. Mungkin ni salah satu dugaan besar buat Qi, so harap-harap bro Qi tak buat lagi dah tak hisap benda tak elok ni. Banyak lagi benda elok yang boleh dihisap. Auummm!
P/S : Awal, aku mintak maaf sebab ingatkan kau yang kantoi positif sebelum ni. Im sorry.


14 Responses