Putar, putar dan putar lagi. Hehe.. Macam main Ding Dang pulak.. Tapi lebih kurang macam tu lah keadaan Persatuan Cakra Alam ataupun Putar Alam yang diketuai oleh Ustaz Arief yang dikatakan menggunakan konsep sains untuk mengubat penyakit pesakit-pesakitnya. Aku rasa aku tidaklah terlalu lambat nak buat post pasal isu yang tengah heboh dibincangkan oleh semua lapisan masyarakat dekat Malaysia ni lebih-lebih lagi para blogger. Jadi aku sempat dapat sikit info daripada blogger lain. Hoho.. Aku ingat lagi masa pertama kali aku tengok persembahan Persatuan Cakra Alam ni dekat Majalah Tiga, mula-mula aku akui jugak kehebatan Ustaz Arief ni. Tapi masa dia mula tunjuk cucuk-cucuk badan dengan besi, aku dah rasa sangsi dah. Aku rasa orang Islam tak boleh seksa-seksa badan sampai cucuk-cuk badan ni. Ok, berhenti setakat itu sebab ni pengalaman aku masa sekolah menengah dulu kot. Bertahun-tahun lepas dah.
Kemudian pada tahun 2006, aku ingat lagi pasal Uncle Seekers naik mahkamah sebab nak saman Ustaz Arief Cakra Alam. Aku ingat balik pun sebab aku tengok post Nuamen. Hoho.. Menurut Uncle Seekers, Ustaz Arief dah buat cerita fitnah pasal dia dan dia nak saman Ustaz Arief ni sebanyak RM5juta. Wow! Banyak dowh! Keputusan mahkamah tu aku tak tahu macam mana tapi jelas Uncle Seekers , Ustaz Arief cuba menghalang dia nak membongkarkan konsep perubatan yang diamalkan Persatuan Cakra Alam yang dikatakan sudah memeperdaya ramai orang.
Usyar Video Uncle Seekers
Tahun ni, Ustaz Arief telah kantoi lagi dengan tipu daya beliau. Tapi kali ni dia kantoi di Korea!! Oh tidak, aku rasa sangat malu dengan kekantoian dia. Kalau nak kaya sangat pun, janganlah pakai teknik-teknik yang senang kantoi dekat negara yang pesat membangun macam Korea tu!! Korea dah lah banyak ilmu-ilmu canggih. Aku tengok video kekantoian Ustaz Arief ni, terasa macam orang Malaysia kita diperbodoh-bodohkan oleh kaum Korea. Bayangkanlah diorang siap gelak-gelak macam dalam cerita kartun Jepun dah. Hape daaa!! Ada seorang Prof mat salleh ni siap tolong bagitau dan jelaskan macam mana Ustaz Arief ni buat. Dia buat macam kacang je!! Dia siap cakap banyak kali , “This Malaysian guy” entah berapa kali tah. Malu2!!
Video Kekantoian UA
Update terkini , Skuad 360 telah bertemu dengan Ustaz Arief ni dan dia menafikan sekeras-kerasnya pasal kekantoian tu. Dia cakap ada seorang penuntut warganegara Korea yang dengki dengan cara perubatan beliau sebab telah gagal untuk menguasai ilmu Cakra Alam tersebut. Merepek! Sebab Ustaz Arief ni ada menafikan salah sebuah video di atas, yang selipar ajaib dia tak berbunyi semasa diimbas! Penipu!!
Video Penafian UA
P/S: Ustaz Arief ni mungkin ada ilmu yang lain dan bagus. Tapi ilmu dia yang ada dekat atas, semua dah kantoi!!


22 Responses