Klik Gambar Di Atas Untuk Paparan Lebih Jelas
Perghhh.. Nasib baiklah jadi jugak PSK ni nak buat dekat Stadium Paroi. Aku dahlah kepingin untuk melihat minah-minah skuter berkeliaran dengan skuter masing-massing. Hua3.. Ni satu Malaysia datang babe, bukan segroup dua saja. Bolehlah aku tengok mana-mana skuter yang boleh memikat hati aku. Tapi buat masa ni aku masih lagi setia dengan NAZA GTR.. Keh3.. Misi skuter aku terpaksa ditangguhkan sebab aku dah angkat PS2 dan aku tak tahu bila nak angkat skuter. Duit dah ada, tapi terlintas di kepala nak duduk dekat KL dengan Zhafran. Hmm, nanti kita tengok macam mana. Sekarang aku nak sambung cerita pasal PSK 08.
Sepatutnya PSK 08 ni diadakan pada bulan Disember yang lepas. Tetapi disebabkan kemangkatan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan ketika itu, PSK 08 terpaksa ditangguhkan. Aku ingatkan PSK tu tukar tempat dekat Melaka. Nasib baik member aku bagitau yang PSK tetap diadakan di Paroi. Yahoo! Rumah aku dekat gila denganĀ lokasi PSK tu nanti. Hohoho.. Jalan kaki pun boleh sampailah. Seperti yang digambarkan dalam banner di atas dan di bawah ni, program tersebut akan diadakan daripada 18 Mac sehingga 22 Mac. Nanti akan ada bermacam-macam program pasal skuter dan juga akan ada mini konsert/gig dengan kehadiran band-band yang agakl best. Macam manalah perangai budak-budak Paroi nanti ek. Malu seyh.. Haha.. Aku berharap ada promosi jualan skuter untuk NAZA GTR nanti. Berbaloikah aku tunggu sampai tarikh PSK?
Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas


5 Responses