
Seperti yang aku janjikan semalam, aku akan ceritakan proses pajakan emas Public Gold aku. Masa tu hari Khamis dan aku bangun lewat sikit, jadi aku ada dekat Agrobank Seremban dalam pukul 11 macam tu.
Kaunter biasa dan kaunter tempat nak pajak emas berkonsepkan Ar-rahnu tu berbeza. Kena masuk ikut pintu Agrobank yang lain pulak! Masuk-masuk ada la 2 orang tua Melayu berborak sambil menunggu nun di seberang sana.
Aku pula duduk di sebelah dua orang kaum India, seorang muda dan sorang tua. Kedua-duanya lelaki agaknya, walaupun sukar aku nak pastikan keserupaan diorang. Rupa-rupanya diorang pun nak pajak emas jugak.

Aku tunggu agak lama dan agak bengang sebab dah la takde amik nombor ape-ape pun. Teraso tunggu macam orang bodoh je. Hahaha. Aku bangun tanya dekat brade yang nampak berpangkat, bang ni diorang ni tunggu untuk apa macam useless je.
Brader tu cakap, biasola tuu ado orang kat dalam tak habis lagi. Tengok-tengok ada pakcik and makcik dalam tu baru keluar selepas 25 minit. Huh! Macam nak gadai satu peti besar harta karun.
Lepas tu turn orang-orang lain pulak takdelah lama mana pun. Lebih kurang 10 minit aku tunggu, tiba pulak giliran aku.

Ada akak ni yang uruskan, jadi aku keluarkan emas 20gram dan 50gram yang aku beli dari agen Public Gold. Aku tanya akak tu, kak boleh tak bagi dua resit untuk emas-emas ni. Dia cakap boleh je, tak nak menyusahkan aku keluar masuk bank ni. Hohohoh!
Sebabnya untuk emas yang pertama dipajak dekat Agrobank, diorang akan bagi 65% daripada harga emas tu. Emas lepas-lepas tu barulah dikira 70% daripada nilai emas. Agrobank ambil agak tinggi, diorang macam ada rate diorang sendiri.
Emas 20gram aku beli harga RM3060, aku dapat pajak RM2322.00 dan emas 50gram aku beli RM7600+, aku dapat RM5803.00 . Setiap emas ni ada kontrak dan akad dia, dan ada jugak upah simpan untuk kontrak 6 bulan tu. Emas 20gram upahnya RM149.22 dan 50gram RM373.05 .

Bila kita nak tebus emas tu balik, kena bawak duit yang diorang bagi dulu termasuk duit upah simpan tu. Boleh ambil balik emas tu atau nak sambung kontrak simpan lagi selama 6 bulan. Agrobank ada buat sistem ansuran bulanan yang diorang tetapkan.
Nak ikut boleh, taknak ikut pun takpe. Kiranya bulan-bulan korang bayar tu selama 6 bulan, dah tak bayar duit yang diorang bagi masa mula-mula pajak tu. Tapi cuma bayar upah simpan tu je, lepas tu dah boleh ambil balik emas tu. Sama je konsepnya.
Belilah emas daripada sekarang sementara harga tengah turun ni. Duit pajak tu korang buat duit untuk perniagaan korang, kemudian beli dan beli lagi emas sampai jadi taukey emas. Muahahaha!
31 Responses