parking murah

Salam Jumaat :) Di hari yang penuh barokah ini hamba ingin berkongsi sedikit pengalaman hamba menyelok-belok di ibukota yang penuh dengan tipu muslihat ini. Kali ni hamba ingin berkongsi mengenai parking murah!

Semua orang tahu kalau parking dekat area Kuala Lumpur memang mahal gila babeng kan. Especially kalau korang nak pergi shopping dekat mall-mall besar yang ramai gadis-gadis sunti dan jejak-jejaka sunta. Hohohoh..

Kalau korang nak pergi lepak Pavilion dan taknak bayar parking mahal-mahal, cuba korang usyar bangunan sekitar Pavilion yang macam untuk company-company besar tu. Mesti dekat area basement diorang ada parking punya.

Weekend mana ada orang lepak office sangat kan? Mesti diorang nak untung punya bukak parking untuk public. Yang port rahsia aku ni, weekend RM3.00 per entry weyyy! Bukan per hour ok. I repeat per entry!

Dahla ramai orang tak tau, banyak je parking kosong. Teraso bijak eyh tau tempat parking macam tu. Muahahaha!

Related Posts with Thumbnails