
Semalam aku dengan Mario dah kemaruk nak melantak makanan selain daripada nasi goreng bujang, cekodok dan lempeng ibu. Hohoho.. Jadi setelah berfikir dengan panjang, kitorang pun bersetuju nak order Pizza Hut Delivery.
Biasanya aku akan order online je guna Pizza hut Online. Tapi dah banyak kali aku cuba, diorang susah nak detect alamat tempat kitorang tinggal. So aku terus call Hotline Pizza hut sebab aritu aku ada nampak orang blok villa aku order Pizza Hut Delivery.
Syabaas aku ucapkan kepada operator Pizza Hut sebab tak sampai 3 minit pun, urusan dah selesai. Diorang boleh hantar, tak macam McDonald Senawang. Cibey! Diorang cakap dalam masa 30 minit pizza boy akan sampai.
Selepas 20 minit macam tu, muncullah….

Haha.. Itu dia mamat shuffle jadi pizza boy. Tak tau la mat shuffle ke mat ape ke. Tapi penampilan nampak kemas. Masa aku order dekat operator tu, diorang cakap nak cash ke pakai Visa. Aku cakap pakai Visa.
So dengan bangganya mamat tu bawak benda kat tangan dia tu. Mula-mula tak dapat nak bayar guna kad Visa Maybank Mario sebab dia ingatkan takde online. Pastu guna kad Visa aku lepas la pulak.
Maybe ade yang Mario tak activate kan lagi. Mula-mula agak gelabah jugakla bila mamat tu cakap takde coverage. Dalam wallet aku ade RM45 je mase tuh. Tak cukup. Mario plak kosong dalam wallet.
Biasalh biasa beli online je. Kuar duit pun masa keluar rumah je. Miahaha! Harga dalam RM49.90 kot.. Lepas bayar and cakap thank you dekat pizza boy tu kitorang pun melantak dengan sepuas-puasnya. Apa yang ada, Hawaian Tuna, Chicken Supreme, garlic bread, coleslaw dua and air pepsi.
Akhirnya hajat kitorang tercapai. Rugi Naim takde, Dia kat kampung lagi jaga ayah dia tengah sakit. Doakan bapak dia cepat sihat. Amiiiiinn.










25 Responses