
Malam tadi topik yang paling hangat sekali aku baca online adalah topik pasal perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di antara Selangor dan Kelantan. Kedua-dua team ni antara team yang paling kuat menjadikan perlawanan malam tu hangat.
Masa aku tengah makan dekat Nasi Ayam Jamal di Ampangan, aku ternampak dekat berita dekat TV penyokong Selangor dengan Kelantan bergaduh dekat luar stadium. Memang aku dah jangka dah sebab lawan dengan Kelantan. Tapi kalau tengok gambar dekat atas tu macam mana?

Keputusan antara Selangor dengan Kelantan 0-0 je pun malam tadi. Tapi pemain Selangor dan Kelantan masing-masing ada yang kena kad merah, keluar padang. Entah macam mana pergaduhan ni bermula pun susah kita nak tahu. Mungkin ni semua bermula dengan mercun bunga api berkuasa tinggi dihala ke arah penonton.

Selidik punya selidik, aku dapat info yang dua orang penyokong meninggal dunia malam tadi. Sorang penyokong Kelantan meninggal dunia sebab sesak nafas dan tiada kaitan langsung dengan pergaduhan. Mungkin sesak nafas sebab terlalu crowded.
Satu lagi kematian lagi sebab bergaduh tapi aku tak tahu penyokong pasukan mana yang maut. Tapi kematian tu tak dapat disahkan lagi. Ada jugak kereta yang kena hentak sampai kemek tak pasal-pasal.

Ramai penyokong Kelantan yang tidak puas hati dengan pihak pengurusan stadium yang tak kemah (kemas). Harga tiket yang mahal iaitu RM15 tak macam biasa RM8.
Pihak FAM telah mengenakan denda terhadap kedua-dua pasukan. Pada perlawanan suku akhir kedua Sabtu ni, Kelantan dan Selangor akan berlawan di satu stadium berkecuali TANPA PENONTON, TANPA PENYOKONG!
Harap-harap pemain simpanan pasukan Kelantan dan Selangor tidak lupa untuk terlompat-lompat dan terjerit-jerit macam penyokong diorang. Hohohoho!

Nak tengok bola, tak payahla sampai nak bantai orang berdarah-darah semua. Pancitkan tayar kereta dengan motor cukupla. Mari kita sedekahkan Al-fatihah dekat saudara kita ni. Moga rohnya dicucuri rahmat. Amiiiin!
22 Responses